Subhanallah, seorang gadis German yang datang Malaysia pada tahun 2003 menjadi anak angkat dengan keluarga Islam, mendapat hidayah untuk memeluk Islam setelah bersama - sama berpuasa dengan keluarga angkatnya. Dia pulang ke German sebelum Hari Raya dan terus berpuasa di German walaupun dia masih belum memeluk Islam pada masa tu, dan akhirnya gadis ni memeluk Islam pada malam sebelum Hari Raya.
Gadis German ni fasih bercakap bahasa melayu, dan slang KL..hehehe saksikan video gadis German yang mendapat hidayah ni di bulan puasa. Seolah-olah kita melihat seorang gadis melayu yang bercakap :)
Video dari Harian Metro
Dia seronok berpuasa dan tenang setelah memeluk Islam, keluarganya di German tidak menghalang dia memeluk Islam, cuma ayahnya saja risau kerana menyangka Islam tu banyak unsur negatif kerana media di German banyak memberi gambaran yang negatif dan ganas tentang Islam. Akhirnya ayah gadis ni dapat memahami dan menerima dia memeluk Islam.
Rakan rakannya selalu bertanya kenapa dia berpuasa, memakai tudung dan sebagainya dan Alhamdulillah masyarakat dan rakan - rakannya bukan membenci Islam tetapi ingin mengetahui apa itu Islam.
Sedih bila ada di kalangan orang Islam di Malaysia yang ponteng puasa, tak mahu puasa, walaupun dilahirkan dalam keluarga Islam sejak kecil lagi.
Hidayah yang datang tidak mengenal sesiapa..Hidayah milik Allah.
Hidayah Di Bulan Puasa, Gadis German Peluk Islam
Tuesday, September 7, 2010
Hidayah Di Bulan Puasa, Gadis German Peluk Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
alhamdulillah. seronok tengok saudara baru kembali ke fitrah. apa2 pon, kita memang bertanggungjawab sekurang-kurangnya memaklumkan yang bukan Islam pasal islam. takde la diorang asyik pikir islam ni benda negatif je. jadi lengkapkan diri dengan ilmu, dan beramal. =)
alhamdulillah,,bertambah umat islam..;))
alhamdulillah... :)
Masya Allah, insaf bila saya tengok klip ni.
subhanallah.. Allahu Akbar..
Post a Comment