Saturday, September 4, 2010

Ikut Jadual Perjalanan PLUS Elak Kesesakan Balik Kampung

Plus dah lama buat jadual perjalanan untuk pengguna lebuh raya di musim musim perayaan yang besar macam Hari Raya, Tahun Baru China dan sebagainya. Untuk kesenangan pengguna dan bagi mengelak traffic jam di lebuh raya pada waktu puncak, adalah lebih baik pemandu ikut jadual cadangan perjalanan tu, untuk kebaikan bersama.



Jadual perjalanan tu meliputi perjalanan menuju ke bandar utama ke Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Plus dah sediakan beberapa langkah penyelesaian, tengok Jadual Perjalanan yang disediakan PLUS ni
sebelum memulakan perjalanan


Lorong-lorong tambah nilai kad Touch 'N Go akan ditutup dari 6 hingga 19 September dan kaunter tambah nilai ini akan dibuka di tujuh lokasi di sepanjang lebuh raya yang akan dibuka dari pukul 9 pagi hingga 9 malam.

Plus sediakan 3,000 kakitangan di plaza-plaza tol dengan 1,000 kaunter tol akan dibuka untuk memudahkan urusan pembayaran tol.
400 anggota sokongan seperti anggota Rela di samping 120 anggota Bomba dan Penyelamat, polis, St. John Ambulance, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bersedia di 12 lokasi strategik 24 jam sehari.

PLUS juga akan membuka lorong kecemasan di lokasi tertentu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas pada 9 hingga 11 September dari Tapah ke Gopeng dan Hentian Sebelah Behrang ke Sungkai bagi arah utara.
Bagi arah selatan lorong kecemasan akan dibuka pada 12 dan 16 hingga 19 September dari Hentian Sebelah Gua Tempurung ke Tapah dan Hentian Sebelah Simpang Pulai ke Gopeng.


Lorong kecemasan juga dibuka kepada kenderaan bagi laluan di Bidor ke Hentian Sebelah Ladang Bikam, Nilai ke Seremban dan Port Dickson ke kawasan rehat Seremban.


Maklumat terkini mengenai keadaan trafik dengan menghubungi talian bebas tol PLUSLine di 1800 88 0000.



Jadual Cadangan Perjalanan oleh PLUS

1 comments:

siti faridah harun (nama penuh tu) said...

sy x perlu plus,, coz kampung sy dekat,, hwa hwa hwa

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics