Sunday, September 19, 2010

Kawan Datuk Sosilawati Sarina Jaafar Mati Gantung Diri

Berita gempar lagi pasal kematian Datuk Sosilawati tetapi kali ni pasal kawan baik Datuk Sosilawati yang mati sebab gantung diri. Sarina Jaafar kawan baik Sosilawati ditemui mati gantung diri di bilik tidur utama rumahnya di Taman Pauh Jaya, semalam. Sarina Jaafar sangat rapat dengan Sosilawati, dan mungkin disebabkan terlalu sedih dan tak dapat menerima kematian Sosilawati itu, maka dia ambil keputusan untuk bunuh diri.
Nauzubillah..kerana terlalu sedih, murung dan tertekan, manusia tu hilang pertimbangan dan hilang kewarasan
hingga sanggup buat keputusan macam tu ye.
Sekarang ni makin banyak dan kerap jugak pasal kisah bunuh diri kerana tekanan dan masalah hidup.

 Petikan berita :

Sarina Jaafar Pengasas Kosmetik Aveer

Mayat Sarina Jaafar, 45, yang juga pengasas Kosmetik Aveer, ditemui jam 8.30 pagi oleh saudaranya yang bergegas ke kediaman itu selepas menerima panggilan telefon daripada wanita berkenaan. Ketika kejadian, mangsa berseorangan di rumah.
Difahamkan, kejadian itu mempunyai kaitan dengan tekanan, malah kematian Sosilawati juga dikatakan mengganggu perasaan ahli perniagaan terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), Superintendan Mohan Singh, berkata pihaknya menerima panggilan dari seorang wanita mengenai kejadian itu dan bergegas ke kediaman Sarina, tetapi mendapati mayat sudah diturunkan dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

“Laporan bedah siasat mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu, semalam.

Sarina yang mempunyai empat anak berusia 16 hingga 24 tahun hasil perkahwinan pertamanya adalah usahawan kosmetik berjaya di negeri ini. Selepas bercerai dengan suami pertama, Sarina bernikah kali kedua lima tahun lalu.
Anak sulung Allahyarham, Mohd Azrul Affendi Zakaria, 24, berkata beliau yang ketika itu berada di Kuala Lumpur hanya mengetahui mengenai kematian ibunya selepas dimaklumkan adik perempuannya lalu bergegas pulang dari ibu negara.

Beliau yang kali terakhir bertemu Allahyarham petang kelmarin, berkata ibunya mungkin letih bekerja dan mengalami tekanan.

“Kejadian yang membabitkan Datuk Sosilawati amat menyedihkan ibu saya berikutan mereka sangat rapat selepas berkawan lama dan sama-sama terbabit dalam perniagaan produk kecantikan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Updated Kes Sarina Jaafar Gantung Diri
Ini pulak dari petikan berita akhbar Utusan, Sarina Jaafar ditemui mati tergantung dipercayai ada masalah keluarga dan bukannya disebabkan kematian kawan baiknya Datuk Sosilawati.

Kematian pengasas Kosmetik Aveer, Sarina Jaafar, yang ditemui mati tergantung dalam bilik tidur utama rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam, tiada kaitan dengan kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh secara kejam bersama tiga individu lain baru-baru ini.

Anak saudara mangsa, Naimah Said, 32, berkata, Sarina, 45, dipercayai membunuh diri akibat tekanan perasaan yang dialaminya sejak beberapa bulan lepas dan wanita itu juga pernah cuba membunuh diri dengan menggelar pergelangan tangan.

"Sepanjang pengetahuan saya, beliau tidak ada masalah dalam perniagaan.
Jadi, kematiannya mungkin lebih berpunca daripada masalah keluarga kerana sebelum ini, Mak Anjang (panggilan mesra Naimah kepada Sarina) juga pernah beberapa kali menceritakan masalah keluarganya, dan kami percaya tiada unsur-unsur lain dalam hal ini (kematiannya),” katanya ketika ditemui di kediaman Sarina hari ini.

Beliau berkata, Sarina pernah menyuarakan hasratnya untuk mengunjungi rumah Sosilawati di Kuala Lumpur bersama rakan-rakan seperniagaan lain sebaik mengetahui berita kematian jutawan kosmetik itu melalui media.
"Arwah memberitahu hendak ke sana untuk menyertai kenduri tahlil dan membacakan Yasin untuk rakan baiknya itu (Sosilawati), dan hanya menunggu panggilan daripada rakan-rakannya".

Pada pukul 8.03 pagi hari kejadian, Sarina menelefonnya buat kali terakhir dan memberitahu bahawa dia sudah tidak mampu menanggung tekanan yang dialaminya dan nekad untuk menggantung diri.

Sepanjang perbualan telefon selama beberapa minit itu, arwah yang teresak-esak sempat berpesan supaya menjaga keempat-empat anaknya dan menguruskan majlis perkahwinan anak sulungnya, Mohd. Azrul Affendi Jakaria, 24, Januari depan. ‘‘Masa itu saya menasihatkannya agar tidak melakukannya (menggantung diri) serta minta dia mengucap dan ingat pada Allah, tetapi dia terus memutuskan talian telefon dan apabila saya cuba menghubunginya semula, panggilan telefon tidak dijawab,” tambahnya.
Dalam pada itu, Naimah berkata, Sarina pernah menyuarakan hasratnya untuk pergi ke kediaman Sosilawati di Gombak bersama rakan-rakannya yang bergiat dalam perniagaan yang sama sebaik sahaja mendapat berita kematian jutawan kosmetik itu menerusi media.
‘‘Arwah memberitahu hendak ke sana untuk menyertai majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk rakannya itu dan hanya menunggu panggilan daripada rakan-rakan lain, tetapi arwah tidak sempat menunaikan hasratnya itu,” katanya.

Sementara itu, anak kedua Sarina, Siti Badaryah, 23, ketika ditemui berkata, keluarganya masih bersedih dan terkejut dengan kejadian yang menimpa ibunya.

“Ibu memang jarang bercerita mengenai masalahnya kepada anak- anak dan dia kerap mengadu masalahnya kepada sepupu kami (Naimah) kerana mereka memang akrab sejak dahulu lagi.
‘‘Apa yang diberitahu kepada saya, ibu bertindak demikian kerana masalah keluarga tetapi saya tidak pasti apa sebenarnya yang mendorongnya berbuat demikian,” katanya.


Sumber Utusan Online

9 comments:

Belalang hijau Perisik said...

loh...
mcm tue pun boleh ke?
igt ke dia pun terlibat dlm kes bunuh sosilawati...

faizalnizam said...

innalillah hi wa inna ilaihiraajiun. makin menjadi jadi pulak kes ni.

mamawana said...

Innalillah...

Alahai naper sampai mcm tu sekali.? Alfatihah dan doa itu lebih baik... Allah swt lebih menyayangi org2 yg Sabar dan redha selalu.

wan syamilah said...

takziah buat keluarga mangsa...

Solihin Zubir said...

astaghfirullahalazim...
neraka lah tempat bagi org yg membunuh diri..
Nauzubillah..

Sharinginfoz said...

memang sedih gak dengar cerita mengenai Sarina Jaafar ni, kita tengoklah apa sebabnya nanti

ENCIK TIKUS said...

ya allah. sampai macam tue sekali ?

Unknown said...

innalillah...
mcm tak logic jer kwn baik terbunuh, dan dia bunuh diri sebab tak dpt terima kenyataan. mcm ada perkara tersirat jer.

Tunsha Ayunie said...

nauzubillah .. seriously benda ni x logic .. takkan dia nak bunuh diri .. sokong auto .. ade yang tersirat ..

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics