Tuesday, September 28, 2010

Masalah Splitter Streamyx Rosak, Tips dan Penyelesaian

Saya pernah alami masalah splitter telefon yang digunakan untuk asingkan wayar telefon dan wayar ADSL untuk Streamyx. Tak tau apa puncanya. Apabila splitter sudah rosak, telefon di rumah nak call out boleh, tapi bila ada orang call in, kita yang kat rumah tak dengar le.
Selepas dapat tau telefon di rumah tak berbunyi  nada deringnya, baru le saya check kat mana silapnya. Rupa-rupa splitter tu yang rosak. Cabut wayar  line phone dari splitter dan sambung ke direct wall phone jack baru le berbunyi nada dering tu. Jadi susah le jugak nak guna internet nanti orang nak call in tak boleh.

So saya pun call le 100 customer care Streamyx, dan saya pun adu le masalah splitter ni rosak. Operator Streamyx suruh saya pergi cari dan beli kat mana-mana kedai komputer je. Camtu pulak ye. Saya masih ada warranty 3 bulan lagi ni, belum pun cukup setahun lagi.


Saya pi le pulak ke TM Point, saya tanya operator kat sana, saya kata, dah cari splitter merata kedai komputer tapi diorang kata dah habis la, tak da la.
Saya beli splitter RJ11 kat kedai elektrik dan tunjuk kat operator di TM Point, dia senyum saja, dia kata ni bukan splitter Streanyx. Amboi dia ingat saya ni tak reti sangat ka. Saya pun tau macam mana splitter tu. Tapi saya nak try jugak RJ11.
Saya kata operator Streamyx yang suruh saya beli. Jadi apa yg saya jumpa, saya beli je le. RM 3 je.
Jawapan agak mengejutkan dari operator di TM Point ni..

"Oo mana boleh macam tu". Maknanya operator di talian 100 sana tu TAK boleh suruh saya pi cari sendiri le splitter tu..dan
operator tu tak boleh buat macam tu, dia kena ambil report saya dan hantar teknisen.

Operator TM Point kata kena buat report sekali lagi dan dia kata dalam tempoh 24jam ada teknisen akan mai rumah saya.

Ok saya pun lega sikitle.

Tunggu punya tunggu, sampai esok tak mai-mai jugak teknisen tu...agaknya teknisen tu tidor mati kot kat umah dia atau dia pi tengok nenek dia bersalin sebab tu dia tak mai umah saya. Saya pun dan nak hangin kan..



Masa nak promot pakej broadband kat aku, korang buleh pulak telefon rumah aku 3, 4 kali sebulan sampai naik jemu nak dengar promosi Streamyx Combo la, Streamyx murah la...tapi dah jadi macam ni korang buat buat lupa pulak kan...aku pulak kena telefon Streamyx 3, 4 kali dah tu suka suka hati suruh aku pi cari sendiri splitter tu..Wak lu!! (lama aku tak cakap yang ni).


Tip dan Penyelesaian:
Saya pun belek belek RJ11 ni, lepas tu saya buat buat pandai dan jadi teknisen sekejap.. try and error la kan.
Saya sambungkan RJ11 di box kuning wayar telefon utama tu, dan split kan le line Phone dan line ke ADSL

Saya try call telefon rumah dan guna internet....Taaadaaaa!! Berjaya!! Oleh sebab berjaya guna Splitter RJ11 yang harga cuma RM3 je dan saya pun teringat budak yang senyum sindir kat saya sebab beli splitter chokia ni...rupanya kau pun tak tau ye guna RJ11 (habis kau buat buat pandai senyum sindir kat aku).

Jadi solutionnye bagi sesiapa yang splitter Streamyx dah rosak dan teknisen "Streamyx hampeh" tak mai mai ke rumah korang so beli le Splitter RJ11 dan buat macam yg saya buat ni. Terjamin berjaya.


Tengok imej kat bawah

RJ11 yang disambungkan ke wayar telefon utama( box kuning) memisahkan LINE dan jugak wayar ke Telefon


LINE bertanda anak panah masih disambung ke Splitter kelabu kat bawah yang rosak di bahagian PHONE.
ADSL terus ke MODEM.


Splitter Straemyx ni hanya rosak di bahagian line Phone (sebab tu telefon rumah saya tak ada nada dering)  jadi wayar dari LINE tadi masih kena sambung ke splitter yang pisahkan ADSL dan LINE.


p/s:Teknisen dan kakitangan Streamyx, hang tidoq la puas puas dulu..belum sampai masa lagi..

10 comments:

Aida Azryn said...

yeah!!thanx 4 de info!:D

Admin said...

Salam sejahtera..,

Rumah di kg sypun ada juga alat pemisah kabel yg boleh didapati di kedai peralatan, dan kontraktor streamyx yg dtg pasang pakej streamyx + netbook tak kata apa2 pun mengenainya, ok je... Kontraktor yg dilantik TM ni pun macam2 ragam, tapi dah tugas mereka ke hulu ke hilir selesaikan hal streamyx, buat jelah, layan customer bebaik.

Sebenarnya sesetengah "orang" di TM yg menjawab telefon bosan / malas dgn keje mereka nak jawab soalan yg pada mereka soalan basi dan leceh. Kena ingat bukan semua yg cepat faham dlm hal2 teknikal mcm ni.

Mereka juga nak suruh kita beli alat yg ada logo TM, tu yg dia sengeh semacam tu... padahal splitter cap 3 suku pun boleh juga juga, kalau ada bezapun xlah jauh sangat... spec nya lain sikit...

nuriz said...

TM nak suruh org berdikari le tu sebab tu dia malas mai umah orang, tapi sebab saya dah boleh buat tak ada le saya kacau depa lagi..nasib boleh jugak slesai

Admin said...

"Beri kari" pun best juga, boleh buat kuah, celurkan dgn mee kuning...

pch said...

beli je lain...rm10 je


TEKNIK MUDAH LAJUKAN WINDOWS ANDA
KOLEKSI KORD GITAR LAGU MELAYU

wan syamilah said...

sya ada dua line kt rumah, so nk kena guna 2 splitter, tanya teknisen dia ckp nk kena beli yg tm punye, tp sya pegi cari kt kedai je...murah lak rm9...dh setahun lbh guna, ok je...

nuriz said...

saya tak beli yg baru le dah yang murah boleh pakai..asalkan dpt internet ok le tu. splitter chokia pun boleh selesai masalah jugak hehe

nuriz said...

Orang TM tu yang tak nak jual splitter tu kat saya , dia kata tunggu je teknisen datang.

yanadzul said...

phone rumah pun apa tak bunyi mcm nuriz.. internet boleh.. call in call out dah bisu lama dah..

nak try cari splitter gak la

Unknown said...

splitter murah atau mahal x jauh beza. pasal technician TM tu kekadang mmg hangin dibuatnya..

rumah2 besar boleh jer diorang pi terjah, rumah kecik tak der pulak.. konpius..

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics