Kenyataan dari Abby Abadi, Norman masih hutang duit hantaran perkahwinan mereka. Wahh!! tetiba je timbul hutang duit hantaran, berapa lama dah kahwin ni, anak dah 3 orang rupanya duit hantaran hutang lagi huhuhu!!
Macam cerita P Ramlee ja, Seniman Bujang Lapok tu, jiran sebelah duk bergaduh pasal duit hantaran mahal, sampai beranak - pinak, duit hantaran tak langsai lagi. Camno ni?
Pengakuan menggemparkan Abby atau nama sebenarnya, Arbaeyah Abdul Manan itu dibuat kepada
media hiburan,
Norman Hakim jelaskan dulu hutang wang hantaran kahwin saya sebanyak RM11,111.11 dan kemudian barulah dia beri pula wang hantaran baru kepada orang lain," pinta Abby Abadi, 32, kepada bekas suaminya, Norman Hakim, 34, yang dijadualkan bertunang dengan Memey Suhaiza Suhaimi, 22, pada raya keempat kali ini.
Kata Abby, dia tiada hak untuk menghalang Norman bertunang atau berkahwin lagi tetapi meminta agar diselesaikan dulu hutang wang hantarannya lapan tahun lalu (mereka menikah pada 8 Januari 2002) dan apa yang sewajarnya dilakukan sebagai seorang ayah kepada tiga anak mereka, Mohamed Danish Hakim, 7, Marissa Dania Hakim, 5 dan Maria Danisha Hakim, 2.
Baca lagi kenyataan Abby
"Saya bersyukur dengan kehidupan saya dan apa yang baik untuk Norman. Saya tak kisah pun kalau mereka nak berkahwin tapi masalahnya sekarang sebelum dia sediakan wang hantaran baru, dia perlulah bayar hantaran saya dulu. Wang itu boleh juga saya gunakan untuk perbelanjaan anak-anak kami.
"Mereka semakin besar dan perlukan perbelanjaan yang banyak. Selama ini apa yang Norman buat tak seperti yang diucapkannya. Sejak dulu saya menanggung semuanya. Sekarang pun dia masih tak menanggung nafkah anak-anak dengan sepenuhnya. Dia cuma bagi ala kadar dan ikut suka hati.
apabila perceraian itu berlaku, terlepaslah bebanan perasaan saya dan dapat memberi tumpuan kepada anak-anak. Barangkali ramai yang kata saya kuat dan untuk itu saya sangat berterima kasih kepada Allah swt kerana beri kekuatan ketika saya sangat memerlukannya.
"Tapi saya juga manusia biasa dan setiap kali terkenang perbuatannya, saya menangis sendiri. Mungkin ramai anggap saya terlalu berterus-terang tapi sebenarnya banyak lagi perkara yang saya pendam," katanya.
Kepada Memey, pinta Abby jangan diulang lagi yang dia dapat menerima anak-anaknya sebagai anaknya sendiri.
"Mereka adalah anak-anak dan zuriat saya dan saya amat berat hati untuk menerima Memey menjadi ibu mereka. Dia langsung tak menghormati perasaan saya. Kalau teringin hendak anak juga, beranaklah sendiri, jangan ambil anak orang.
"Begitu indah susunan kata Norman apabila media bertanya mengenai tanggungjawabnya kepada anak-anak. Berapa sen sangat yang dia bagi. Kalau dia bercakap benar, cuba suruh dia bercakap mengenai perkara itu depan saya.
"Sepatutnya soal pemberian nafkah diputuskan sama ketika hendak bercerai dulu tapi atas nasihat peguam demi tak mahu panjangkan cerita, lebih baiklah ia dibincangkan di luar mahkamah.
"Tapi inilah jadinya dan sekarang kalau saya mahu buka balik kes ini, saya sendiri tak mampu nak bayar peguam. Apa yang saya buat sekarang, hanyalah untuk anak-anak," katanya.
Abby juga sempat beritahu anak bongsunya yang dipanggil Baby akan menyambut hari lahirnya ke dua pada 17 September ini. Katanya, Baby paling kurang mendapat kasih sayang ayahnya kerana sebaik saja dilahirkan, mereka bercerai.
Beralih kepada sambutan Syawal ini, Abby bercuti 10 hari dan menyambutnya di rumah ibu bapanya di Keramat, Kuala Lumpur. Sejak terjadinya perceraian itu, Abby berpindah ke kediaman baru berdekatan rumah orangnya.
"Kami baru bercerai dua tahun tapi sebenarnya sudah tiga kali anak-anak beraya tanpa ayahnya kerana sebelum bercerai lagi, Norman sudah tidak balik ke rumah. Walaupun saya dapat menyediakan segala keperluan hari raya untuk anak seperti baju dan kasut namun mereka terlalu kecil untuk memahami kenapa keluarga mereka tak sempurna seperti keluarga orang lain. Danish banyak bertanya dan kerana dia sudah besar saya kena jelaskan padanya.
Sumber : My Metro
3 comments:
ish3...lps bace mcm2 perasaan ade...sdeyh ade...geram pun ade neyh...huhu...mne awk dpt artikel ney?
apa nak jadek neh jang?!!
itulah akibat letak hantaran mahal2..
Islam pon x galakkan letak mahal2 coz membebankan..
Post a Comment