Pembunuh Syafiah Humaira, Mohd Fazli Azri dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah. Mohd Fazli Azri yang jugak pemandu teksi membunuh anak teman wanitanya pada 25 Februari lalu.
Mohd Fazli ni beruntung walaupun dia jadi pembunuh, tapi teman wanitanya masih lagi sayang dan masih tak percaya yang dia membunuh Syafiah Humaira, kerana mengganggap Mohd Fazli ni seorang yang penyayang.
Tu le bila cinta itu buta...oppss!! cinta itu buta atau pun manusia itu buta?
Baca petikan berita lagi...
Mohd Fazli Azri didakwa membunuh Syafiah Humaira, yang juga anak teman wanitanya, di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali pada jam 6.30 petang 25 Feb lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mohd Fazli Azri, teman lelaki kepada ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, didakwa membunuh kanak-kanak itu dengan cara menendang dan memijak perut mangsa.
Dalam penghakimannya, Hakim Mohtarudin berkata pembelaan tertuduh bahawa mangsa mengalami kecederaan akibat terjatuh daripada motosikal adalah tidak selari dengan keterangan pakar perubatan mengenai kecederaan sebenar mangsa.
Beliau berkata, pembelaan tertuduh bahawa mangsa terjatuh dan kepalanya terhantuk ke dinding ketika sedang mandi dan bermain di tandas juga tidak pernah diceritakan oleh tertuduh kepada sesiapa.
Mohtarudin seterusnya berkata dakwaan tertuduh bahawa dia berada dalam keadaan mabuk dan dipengaruhi dadah ketika kejadian tidak boleh diterima sebagai pembelaan.
"Berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan yang melihat kejadian yang berlaku di padang, adalah jelas tertuduh dalam keadaan waras. Fakta bahawa tertuduh memandu teksi dari rumah ke padang dan balik jelas tidak konsisten dengan keadaan orang yang mabuk,"
Sumber Berita Harian
2 comments:
hukuman terbaik untuk mamat yg paling buruk ni. keji tol
padan muka kan..hehehe
Post a Comment