Monday, September 27, 2010

Permohonan Kemasukan MRSM 2011 Bermula 27hb Sept 2010

Permohonan kemasukan MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) untuk sesi pengambilan pelajar tingkatan empat 2011 akan dibuka pada 27hb September iaitu Isnin.
Sikit pasal info kemasukan MRSM sesi 2011 ni yg Nuriz nak bagitau ye, pemohon ke MRSM diutamakan kepada keluarga yang berpendapatan rendah. Bagi pelajar yang tak ambil Ujian kecenderungan kemasukan ke MRSM atau UKKM tak dipetimbangkan. Sila baca syarat2 kat bawah nanti.


 Syarat syarat kemasukan ke MRSM



 1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam mate dan sains) tidak ada Ged C,D atau E  dalam PMR
 Tarikh tutup permohonan ialah pada 21hb Oktober 2010

 2. Mendapat markah tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM) 2010

 Bila Ujian UKKM ? Ujian UKKM akan diadakan pada Disember 2010.

 Pemohon boleh isi borang permohonan secara online.

 Syarat syarat Kemasukan Secara Online MRSM 2011
 1. Pelajar Bumiputera tingkatan 3 di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan  di Semenanjung Malaysia.

2. Pelajar yg menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi SBPI TIDAK dibenarkan memohon.

3. Pemohon mesti lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2010 , sekurang-kurangnya lulus dalam pelajaran Sains dan Matematik.

SILA KLIK PAUTAN DIBAWAH
Permohona Online dibuka 27hb September 2010

Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama

dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah


          Permohonan ke Tingkatan 4,
          Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah), 
          Tingkat 19,  Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut,
          50609 Kuala Lumpur


Cetakan borang permohonan online yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen yang

berkaitan hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2010.

Bagaimana nak beli no pin dan kata laluan, 
Pemohon boleh dapatkan no pin dan kata laluan di semua Pejabat MARA Negeri, Daerah, atau Maktab Rendah sains Mara mulai esok 27hb September secara PERCUMA.

Bawa bersama Kad Pengenalan, Surat Beranak dan Salinan Keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2010
yg telah DISAHKAN benar untuk mendapatkan no pin.


Tarikh tutup permohonan Online ke tingkatan 4 MRSM 2011 ialah pada 21hb Okt.

Semakan keputusan Kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 4 sesi 2011 ialah pada bulan Februari 2011.
Permohonan dianggap TAK BERJAYA jika tiada jawapan sehingga 30hb April 2011.

Untuk maklumat lanjut sila tengok

IKLAN MARA

4 comments:

.::WaNiE::. said...

cuba ko buat jap berapa ribu dah duit nuff ko wehhh

gigih nak tau

nuriz said...

hehe soalan tak kena dgn tajuk ni..hehe bukan tak mau buat sat lagi org kata menunjuk hehe

.::WaNiE::. said...

org yg kata menunjuk sbb dia xde earning nuffnang

hahahahaha

kyo_9 said...

nice.. thanks a lot..
ak nk tolong adik ak dapat masuk nih..

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics