Tuesday, September 14, 2010

Serina Chef Wan Selamat Lahirkan Anak Lelaki

Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan, 26, selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur, pada hari Isnin.
Menurut bapanya, Chef Wan, bayi lelaki seberat 2.4 kilogram itu dilahirkan pada 6.13 petang.



Katanya, cucu sulungnya diberi nama Tristen Tareef yang bermaksud 'lain dari yang lain' dalam bahasa Arab.
"Kedua-duanya berada dalam keadaan sihat. Serina beritahu saya dia bersyukur kerana proses kelahiran itu adalah mudah,"
Chef Wan berkata, menantunya, Gavin Edward O'luanaigh atau Salahudin Ghaffar, 33, menemani Serina sepanjang proses kelahiran itu.

Katanya, dia begitu teruja menimang cucunya dan membacakan azan di telinganya.
"Tristen mirip ibu bapanya tetapi matanya sama seperti datuknya. Dia berambut hitam dan kulitnya cantik," katanya dengan riang.

Sumber Star Online

2 comments:

Amir Izzat said...

Wah! dah lahir anak beliau... Hurm.. Nama yang agak unik bagi saya.. hehe

aSmiDar said...

wah..dah bersalin ek die..
tak sabar nak tengok gambar anak die..
mesti cun melecun wooo

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics