Saturday, September 18, 2010

Suspek Utama K Patmanaban Guna Gelaran Datuk Palsu

Suspek utama pembunuh Datuk Sosilawati dan 3 lagi lelaki, menggunakan gelaran Datuk palsu.
Suspek bernama K Patmanaban ni disahkan oleh polis yang dia tak pernah dikurnia gelaran Datuk.
K Patmanaban dipercayai ada kaitan dengan beberapa kes jenayah komersil lain yang juga berprofail tinggi 
yang masih belum selesai hingga kini.


K Patmanaban


Baca petikan penuh dari Kosmo:



Polis mengesahkan peguam K. Patmanaban tidak pernah dikurniakan gelaran Datuk.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, daripada semakan, Patmanaban didapati menggunakan gelaran Datuk palsu.

"Dia tidak pernah dianugerahkan gelaran Datuk oleh mana-mana negeri," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Difahamkan, Patmanaban sebelum ini pernah cuba membeli gelaran itu dari sebuah negeri, namun dia menjadi mangsa penipuan walaupun selepas menyerahkan sejumlah wang yang dianggarkan beratus ribu ringgit untuk tujuan mendapatkan anugerah itu.

Malah dia ketika itu dikatakan menerima surat penganugerahan daripada pihak istana, namun pada saat-saat akhir namanya tidak tersenarai.

Dalam pada itu, Bakri berkata, aset Patmanaban yang ditahan untuk membantu siasatan kes pembunuhan Sosilawati telah dibekukan, namun buat masa ini berapa jumlah aset peguam itu yang dibekukan belum dapat diumumkan.

2 comments:

Gayahspears said...

e macam2 penipuan!!!

Hariz said...

hariz menanti dia menerima hukuman :)

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics