Thursday, September 2, 2010

Tengok Rancangan TV Online Dengan Tonton

Tonton ialah Portal Video pintar bertaraf dunia yang dilancarkan oleh Media Prima pada awal Ogos lalu. Malam ni saya cuba untuk tengok channel kesukaan saya cam biasa TV3..di tonton. Sesiapa nak tengok rancangan tv online percuma kena daftar dulu, mudah dan cepat lepas tu boleh le tengok. Semua rancangan pilihan di saluran Media Prima, iaiatu TV3, Tv9, NT7, 8TV dan gua.com.my. Sound amat clean and clear sekali berbanding kt Portal Tv3 yang slow je sound nya. Sila daftar dulu di tonton.com.my sebelum anda dapat lihat semua rancangan di dalamnya. Mudah dan cepat je nak daftar.




Tonton adalah projek Alt Media, yang dibangunkan bersama Accenture syarikat pengurusan konsultasi, perkhidmatan teknologi, dan pengesanan sumber luar global beserta VioCorp, sebuah syarikat yang berpusat di Sydney yang menyediakan teknologi dan rekaan tercanggih.

Ada beberapa rancangan bersiri terpilih termasuklah musim terbaru siri Private Practice, Grey’s Anatomy, Criminal Minds dan Ghost Whisperer.

Lagi, kita boleh susun dan simpan dalam senarai video rancangan kesukaan dalam list.

Stesen-stesen radio seperti HOT FM, Fly FM dan One FM pun akan ada saluran TV sendiri seperti HOT TV, Fly TV serta One TV. Surat Khabar Metro dgn Metro TV, Gua.com.my dgn Gua TV.

Laju atau tak laju semasa tengok Tonton bergantung jugak pada kelajuan internet korang. Kalau slow jadi slow le..huhu!! Kalau laju..tu yg best..Heheheh!!
Sound kat Tonton ni lebih clear berbanding sound video rancangan tv kat laman web TV3, jadi puas hati le tengok.



Rancangan kanak kanak terkenal di Tv9 Anak Harimau pun ada di Tonton, kalau ada yang terlepas episod 1 boleh cari kat Tonton. Ok selamat menonton.

1 comments:

MR. SYAH said...

internet kt kolej lmbt.. dh susah nk tgk syurgamu ramadan..

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics