Hari tu Tv3 bubuh Iklan Aidilfitri Pak Santa naik beca atas langit..pelik bin ajaib, hari ni heboh tarian Nobody,Wonder Girls di majlis rumah terbuka Aidilfitri Dato Ismail Sabri pulak.
Ala ala 1 Malaysia ni, sesiapa pun boleh join menari atas pentas tu. Penari -penari tu mesti le dijemput untuk menari di majlis rumah terbuka Aidilfitri tu kan?
Majlis rumah terbuka tu berlangsung pada hari Ahad lalu, kira baru lagi le ni majlis rumah terbuka Dato Islmail Sabri bapa kepada Dafi AF ni. Gamaknya Dafi minat lagu Nobody Wonder Girls kot sebab tu ada lagu tu dalam majlis tu..huhuhu!!
Rumah terbuka Melodi Tv3 pun kalau tengok kat Tv3 tu ada macam macam persembahan lagu rock, lagu rap terkinja-kinja tapi depa pakai baju melayu la dalam majlis Aidilfitri tu. Hodoh jugak duk menari rap pakai baju melayu. Kat majlis menteri ahli parlimen Bera ni penari pakai t shirt ketat, tak banyak beza le kan..2 x 5.
Apa apa pun tak manis le kan nak sambut Aidilfitri macam sambut hari jadi le pulak.
Lihat Video di Rumah Terbuka Dato Ismail Sabri Ahli Parlimen Bera
Video Tarian Nobody Di Rumah Terbuka Dato Ismail Sabri
Tuesday, September 21, 2010
Video Tarian Nobody Di Rumah Terbuka Dato Ismail Sabri
Posted by nuriz at 12:15 AM
Labels: macam-macam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Assalamualaikum,
Inilah kesannya apabila kita mengasingkan ajaran Islam dari sistem pemerintahan negara. Inikah dia contoh pemimpin negara Islam yang kita perlukan?
Apakah pengajaran yang kita perolehi dari acara seperti ini? Dapat ia membentuk pemahaman serta keinsafan rakyat terhadap ajaran Islam dengan tarian ini? Mana punya Ah So yang dia ambil ni...?
Maka tidak hairanlah atas kerana acara2 maksiat berleluasa, rakyat makin rosak. Ermm... rasanya ini bukan Malaysialah sbb Malaysia kan negara Islam... mimpikah aku?
"1Malaysia, Islam Didahulukan, Keimanan diutamakan"
berikan la contoh yg baik buat golongan muda =)
apa punya turr...
anggap je ni satu tarian... yang buruk dibuang.. yang baik disimpan.. =)
Setuju dengan Ahmad Zaki.
Namun berapa ramai je yang sedar bahawa ini adalah satu masalah..?
Inilah MALAYSIA negara Islam yang di'uar-uar'kan..
Salam,
Hari Raya Aidilfitri membawa erti kemenangan bagi umat Islam. Entah apa yang si menteri dan TV3 fikir dengan cara bersyukur dengan kemenangan dengan buat majlis2 macam ni. Nampaknya fikiran mereka dah terlebih jauh ke hadapan agaknya.
kurang sesuai, macam dah takde pilihan lain je
lorrr,,rumah terbuka pun wat cmnie ker..kan ader byk lagi persembahn yg berfaedah,budak2 kecik byk kt c2..rosak2...aduh.
buat la nasyid ke..
ceramah ke..
menari plak...?
Post a Comment