Sunday, October 24, 2010

12 Bas Ekspres Budaya Terbakar Di Pengkalan Chepa

Dua belas (12) bas Ekspres Budaya musnah dalam kebakaran di depoh simpanan bas itu di Kampung Panji, Pengkalan Chepa di sini, tengah malam tadi.
Pegawai Operasi syarikat bas ekspres itu, Kamaruzaman Abdullah berkata, kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan bernilai RM6 juta.




"Kebakaran semua bas yang diletakkan berhampiran dan tersusun antara satu sama itu disedari oleh pengawal keselamatan pada kira-kira pukul 12 tengah malam," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata bas ekspres itu baru sahaja diletakkan di situ selepas selesai menurunkan penumpang dari beberapa destinasi.
Kebakaran itu merebak terlalu cepat dan ketika bomba tiba, 70 peratus bas berkenaan telah musnah terbakar, katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

"Polis masih menyiasat punca kejadian bagi menentukan sama ada ia membabitkan jenayah atau tidak," katanya.

Video Bas Ekspres Budaya Terbakar







Video oleh matdin27, pinjam buh video sini jap ye matdin



sumber-Bernama , gambar oleh kosmo

6 comments:

tiefazatie said...

isk2..byk tue rugi!

zikeryhassan said...

byk tu rugi. selalu gak la sebelum ni balik naek bas budaya.

Belalang hijau Perisik said...

terbakar sendiri or khianat?
suspen nih...

ardinihumaira said...

dni tengok real kebakaran ni.. :) sebab dni baru balik stadium??? adakah? ;p

nuriz said...

dni tak rakam video ke

nuriz said...

belalang, tunggu je hasil siasatan nt

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics