Saturday, October 30, 2010

Bas Terbalik Di Genting Sempah, 7 Orang Mati, Gambar

 Entri Berkaitan:  Saksi Kemalangan Lihat Kepala Rakan Tercabut (klik)


Sebuah bas yang membawa penumpang turun dari Genting Highlands terbalik di Genting Sempah, selalu kita dengar kes kemalangan di Genting Sempah tu, dan kerap kali berpunca masalah brek. Kawasan tu memang kawasan curam dan bahaya.


 Bas terbalik di Genting Sempah


Baca berita penuh ni:



Tujuh maut manakala 38 cedera, 20 daripadanya parah selepas sebuah bas rombongan dari Kampung Baru, Mukim Siong, Baling, Kedah terbabas sebelum terbalik berhampiran terowong Genting Sempah, Kilometer 36, Lebuhraya Karak di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam itu, bas yang membawa 44 orang ahli belia 4B termasuk dua pemandu dalam perjalanan turun dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur.

Tujuh mangsa meninggal di tempat kejadian iaitu Mohammad Yusof Akhit, 16; Mohamad Khairy Mohamad Marzuki, 14; Mohamad Firdaus Rosedi, 16; Mohd Ridzuan Husain, 17; Mohd Fahmi Abdul Mustaffa, 17, Mohamad Amirul Mohd Isa, 13, dan Mohd Zainal Mohd Sufian, 28, meninggal dalam perjalanan ke Hospital Selayang.
Semua mangsa meninggal akibat tersepit dan tercampak daripada kenderaan.

Ketua Polis Trafik Selangor, Superintendan Che Husin Omar berkata, siasatan awal mendapati punca kemalangan akibat kerosakan brek sebaik bas menuruni susur keluar ke lebuh raya.

Katanya, sebaik tiba berhampiran terowong itu, bas berkenaan tiba-tiba gagal dikawal lalu melanggar penghadang tengah jalan sebelum terbaring merintangi jalan.

Tujuh mangsa yang maut akibat tersepit dan mayat mereka dihantar ke Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL). Mangsa yang cedera pula dihantar ke Hospital Selayang dan Hospital Bentong dengan ambulans. Dua pemandu bas berkenaan juga terselamat,” katanya.

Enam mangsa yang terbunuh ialah Muhammad Yussof Akhit, 16; Muhammad Khairi Muhammad Marzuki, 14; Muhammad Firdaus Rosedi, 16; Mohd Ridzuan Husin, 17; Mohd Fahmi Abdul Mustaffa, 17 dan Muhamad Amirul Mohamad Isa, 13, dan Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28.

Seorang lagi mangsa terbunuh dikatakan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan identitinya belum dikenal pasti.

Che Husin berkata, enam jentera bomba turut dipanggil bagi membantu mengeluarkan mangsa tersepit.

Sementara itu, Setiausaha Umno Baling, Mohamad Sani Mahmud berkata, rombongan itu ke Genting Highlands bercuti. Mereka bertolak dari Baling malam kelmarin dan ketika kejadian dalam perjalanan pulang.

Katanya, mereka dipilih di kalangan penduduk berusia 20-an untuk bercuti.

“Kami terkejut kejadian itu dan kini menguruskan jenazah untuk dibawa ke Baling bagi dikebumikan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

6 comments:

shuhadah Zainol said...

adoiii...pas ni sgr gerun nak naik bas... huhu...

Al-fatihah tuk mereka...amin...

Abu Uwais said...

apa nk jd negara kita

Unknown said...

masyaAllah..
ada je kecelakaan..
takziah pd keluarga mangsa yg terlibat..
mudah2an kita semua selamat..

JZ Business World said...

Sedih baca berita ni. Semoga mereka yang meninggal ditempakat disisiNYA. Amin.

Unknown said...

when r they going to wakeup...? things r getting just worst. sedey...

PYB said...

kemalangan bas lagi?.. maut lagi?..

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics