Friday, October 8, 2010

Cerita Pelamin Sheikh Muzafar Shukor (SMS), Wedding Planner Sheikh Muzaphar Shukor

Majlis perkahwinan Dr Sheikh Muzafar Shukor dengan tema Pahlawan Melayu di Istana Kayangan sangat dinanti- nanti. Bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang majlis pernikahan akan berlangsung di PICC pd 10.10.2010.
Siapakah perunding perkahwinan atau wedding planner terunggul angkasawan negara ni yang mampu menguruskan majlis besar -besaran yang bakal dihadiri oleh para vvip, vip dan tetamu dari luar negara?


Ariff Quasry yang juga Pengarah Urusan Cosry Wise Sdn Bhd bersama Pengarah Kreatifnya, Putra Aziz, ialah orang penting yang bertanggungjawab sebagai wedding planner perkahwinan Dr Sheikh Muzafar ni.

Selama empat bulan, mereka berdua bertungkus-lumus membuat segala persiapan agar hari yang dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia itu berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dan memahat kenangan manis kepada semua jemputan yang hadir meraikan pasangan pengantin baru itu.

Hantaran untuk majlis kahwin pun bertemakan  angkasa lepas, macam mana rupa tak tau lagi, mungkin ada bentuk kapal angkasa lepas :).

Pelamin yang berkonsepkan zaman Kesultanan Mansur Syah itu bercorak keislaman dengan hiasan pucuk rebung. Pentas pelamin sepanjang 21 meter dan tingginya lima meter. Kami menggunakan tirai biru muda dan dihiasi bunga-bungaan segar yang menjadikan pelamin itu nampak sangat mewah.
Baca petikan berita berikut:




Pelamin Dr sheikh Muzafar bagai di istana





Menurut Ariff, Sheikh Muszaphar dan Dr Halina datang ke butiknya di Bangsar dan terus melantiknya sebagai perunding perkahwinan mereka selepas dia menghadiri Konsert Ratu (Datuk Sheila Majid) Bersama Cosry, yang berlangsung penuh warna-warni di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, April lalu.

 Kristal ni untuk Sultan

"Dia tertarik melihatkan persembahan Cosry pada malam itu yang turut menyambut ulang tahun kelima butik kami. Selain konsert Datuk Sheila yang diadakan khusus meraikan 25 tahun pembabitannya dalam industri hiburan tanah air, Cosry menyajikan juga pertunjukan fesyen yang semuanya rekaan terbaru Putra.

"Kami tidak menyangka Datuk Sheikh Muszaphar memberi kepercayaan untuk menguruskan majlis perkahwinannya. Ini kerana walaupun Cosry sudah lima tahun bertapak dalam bidang rekaan fesyen tanah air, kami masih baru sebagai perunding perkahwinan. Namun, amanah itu kami terima dengan hati terbuka dan berjanji untuk menyediakan yang terbaik kepada bakal raja sehari itu," katanya.







untuk Sultanah

 
Oleh kerana tetamu jemputan termasuk mereka dari luar negara, Ariff dan pasukan kerjanya memerah minda untuk menyediakan segala yang terbaik dan eksklusif untuk Sheikh Muszaphar dan Dr Halina.

Majlis persandingan malam bertemakan Pahlawan Melayu Di Istana Kayangan akan menyaksikan kemunculan bintang dan bulan dalam dewan itu. Lebih 1,000 jemputan akan hadir yang terdiri daripada golongan diraja, orang kenamaan, ahli keluarga, rakan rapat termasuk 100 angkasawan dari 35 negara dan 20 media antarabangsa.

Menurut Ariff, selama empat bulan tumpuannya hanya kepada persiapan perkahwinan itu. Apatah lagi, Datuk Sheikh Muszaphar seorang yang sangat teliti. Justeru, Ariff kena menerangkan dengan sejelas-jelasnya konsep baju, hantaran, pelamin, cendera hati kepada tetamu dan kad perkahwinan kepadanya.

"Sebelum kata putus dicapai untuk rekaan baju yang bakal digayakan pada hari pernikahan dan persandingan, saya, Ariff dan Datuk Sheikh Muszaphar banyak kali berbincang dan dia melakukan beberapa perubahan pada rekaan itu sehingga dia berpuas hati dengan hasilnya. Begitu juga dengan pelamin, kami mencadangkan beberapa lakaran yang berkonsepkan zaman Kesultanan Mansur Syah.

  untuk tetamu vip

"Pada hari pernikahan, Dr Halina akan menyarungkan kebaya renda putih yang agak ringkas bersesuaian cita rasanya. Pada hari pernikahan itu, Datuk Sheikh Muszaphar akan menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas 11 bertemakan rona putih gading dan perak. Hiasan hantaran turut diserikan dengan warna biru muda.

"Rekaan hantaran juga berkonsepkan angkasa lepas dan ia memang lain daripada yang lain. Pentas untuk majlis pernikahan pula berkonsepkan dalam taman yang dihiasi tiang roman dan diperindahkan dengan bunga-bungaan segar," katanya.

Untuk majlis persandingan, Dr Halina akan menyarungkan kebaya berlatarkan rona perak yang diperincikan dengan butiran batu permata warna biru muda. Rekaan kebaya tajaan kain Jackel itu akan dipadankan dengan kain songket ditempah khas daripada Habibah Songket. Dr Halina juga akan melangkah penuh bergaya dengan kasut jenama Lewre.

"Melengkapkan lagi penampilan Dr Halina pada malam itu, dia akan mengenakan aksesori berlian daripada Mouawad yang turut dipakai pada majlis pernikahan. Datuk Sheikh Muszaphar pula akan berbaju Melayu dipadankan dengan kot, samping, tanjak dan bengkung. Rekaan itu lebih menyerlah dengan kombinasi warna serta sulaman di atasnya.

"Sebagai tanda kenangan untuk dibawa pulang, cenderahati berupa lapan kuda kristal disediakan untuk Sultan, bunga teratai kristal untuk Sultanah, sepasang angsa kristal khusus untuk tetamu kenamaan (VIP) dan bola kristal buat jemputan biasa. Semuanya ditempah khas dari luar negara.

Untuk majlis memotong kek berkonsepkan sebuah roket itu, pasangan mempelai akan menggayakan busana rekaan Datuk Bernard Chandran berkonsepkan moden.

"Bagi mengetengahkan budaya dan adat Melayu pada hari persandingan itu, tetamu dapat menyaksikan acara kesenian seperti gurindam, zapin dan tarian dalam usaha membuka mata serta sebagai tarikan istimewa kepada tetamu luar negara.




P/s : tak sabar nak tengok

8 comments:

.::WaNiE::. said...

ha nuriz

tu si ariff quasri tulah bos aku

yeh

huhuhu

buat post pasal ni?

ko dah buat, dahlah. buat ape jadah aku nak citer pasal org lain kawen kat blog personal aku derrr :P

nuriz said...

wanie, hang yg bg idea td aku wat le sapa wedding planner sms ni hehehe , aku nak tau gak tu psl aku buat ni hehe

XYZ said...

hebat btol... ct nurhaliza da kalah ni ehehe..

p/s: nuriz shoutbox mane ni

nuriz said...

ala ala zaman sultan melaka ni

..:akyn:.. said...

wah... mewah nyer...
best3...:)

Amir Izzat said...

banyak makan duit nie..kalau aku yg berada di sana..haha...fulamak! hish..xdapat den bygkan

datin kelly ketak said...

dia orang banyak duit, bole la...kita yg miskin ni mampu tengok je la...huhu

nuriz said...

ada kek perkahwinan bentuk roket soyuz malam tadi heheheh

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics