Mbah Maridjan, 85 tahun ialah penjaga kunci Gunung Merapi ditemui mati dalam keadaan bersujud, dan mengadap kiblat. Lihat gambar di bawah. Dia ditemui mati di dalam rumahnya di kaki gunung Merapi yg meletus pada 26hb Okt.
Maridjan pernah mencetus kontroversi pada tahun 2006 apabila enggan berpindah dari rumahnya di kaki gunung Merapi walaupun didesak oleh pihak berkuasa.
Jenazah itu ditemui keadaan sujud dan mengadap kiblat dan kini ditempatkan di Hospital Sandjito.
Doktor hospital berkenaan, Kresno Heru Nugroho berkata, ciri-ciri fizikal mayat itu sama dengan Mbah Maridjan.
Mbah Maridjan ditemui mati dalam bersujud mengadap kiblat
Gambar Maridjan penjaga kaki gunung Merapi semasa hidup
Pakaiannya juga, kata beliau adalah sama dengan yang diberi gambaran oleh keluarga warga emas itu.
Bagaimanapun jelas doktor berkenaan pengesahan hanya dapat dibuat apabila selesai ujian DNA.
Masyarakat Jawa mempercayai jurukunci merupakan orang perantaraan roh gunung berapi dengan masyarakat.
Semoga roh beliau dirahmati Allah. Al Fatihah
Berita berkaitan Tragedi Gunung Merapi Jawa Tengah
Sekurang-kurang 15 orang terkorban sehingga pagi ini termasuk seorang wartawan setelah Gunung Merapi meletus sejak petang semalam.
Mangsa-mangsa ditemui mati dalam keadaan rentung akibat terkena abu panas yang dihambur oleh Merapi.
Kebanyakan mangsa ditemui di kawasan rumah penjaga kunci Merapi, Mbah Maridjan di Sleman dan mayat wartawan tempatan itu ditemui di dalam rumah lelaki warga emas yang dipercayai mempunyai keahlian luar biasa kerana terselamat ketika Merapi meletus pada tahun 2006.
Dalam pada itu Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Indonesia telah memindahkan 44 orang dari sebuah pesantren yang berada 15 kilometer dari kaki gunung Merapi di Magelang dekat sini ke Solo, tengah malam tadi.
Mereka terdiri 34 orang pelajar Malaysia serta tiga orang isteri mereka dan dua orang bayi.
Turut dipindahkan ialah dua pelajar warganegara Singapura.
Operasi itu diketuai oleh Pengarah MSD, Datuk Dr. Junaidy Abu Baka
sumber - Utusan
20 comments:
Innalillah...
bencana alam... tanda2 kebesaran Allah..
Gunung berapi ada pintu ke, samapi dia jadi pemegang kunci?
Semoga Mbah Maridjan ditempatkan dalam golongan orang2 yg beriman. InshaAllah.
Saya baru baca tentang arwah minggu lepas. Tak sangka pula jadi begini.
tak tau le, mungkin kawasan tu ada pagar kot ataupun istilah yg org sana bagi kat arwah tu agaknye
waa...kuase allah kan..mesti masa hidup dye byk amln...cik nuriz mmg xltak chat box erk??
al fatihah
ALL IN ONE
subhanallah...
semoga arwah di tempatkan di sisi orang beriman.. AlFatihah
subhanallah...
semoga arwah di tempatkan di sisi orang beriman.. AlFatihah
semoga arwah d tempatkan bersama org2 beriman...
aiyo kenapa di sable kotak chat yer>?
alFatihah...
sampai jd macam ni??
speechless
kuasa Allah mengatasi segalanya..
kuasa Allah mengatasi segalanya
Innalillahhiwainnalillahhirrajiun
Al fatihah ~
alfatihah untuk arwah,
Al fatihah ... untuk keluarga si mangsa....
Al-fatihah..
al-fatihah...
New Entry "Jumpa Sya Di Facebook…."
Post a Comment