Saturday, October 16, 2010

Lagi Kes Hina Sultan Johor Guna Gambar Gadis Dalam Facebook

 Lagi Kes Hina Sultan Johor guna gambar gadis dalam Facebook. Sultan Johor dikatakan memabazir wang rakyat dengan memberi 11 kereta dan motorsikal berkuasa tinggi kepada polis. Semakin menjadi-jadi ye kes hina Sultan ni, dan menggunakan gambar gadis yang dijadikan mangsa. Mereka ingat dapat mengaburi pihak berkuasa dengan membuat akaun palsu macam tu kot.

Dalam akaun tu pemilik akaun mengaku dia berketurunan Laksamana Bentan, pembunuh Sultan Mahmud, wah!! hebat sangat ye mengaku macam tu. Gambar gadis malang mana pulak dia ambil letak situ, sex info dia male tapi gambar perempuan.




 Baca berita lanjut ni:



Kes penghinaan terhadap institusi diraja Johor di Facebook masih tidak berkesudahan. Terbaru, kemuliaan hati Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mengurniakan 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa tinggi untuk kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Isnin lalu disifatkan perbuatan membazirkan wang rakyat oleh satu pemilik akaun Facebook.
Pemilik akaun terbabit juga dipercayai menggunakan gambar seorang remaja perempuan bagi mengaburi pihak berkuasa.

Difahamkan, pemilik akaun terbabit telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan berunsur menghina institusi diraja Johor serta PDRM sebelum ini sebelum dinyahaktifkan beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, akaun terbabit dipercayai telah diaktifkan semula pada bulan lepas.

Akaun sosial berkenaan semalam mendapati akaun itu masih aktif.
Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya menerima aduan berkenaan Facebook itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara pada pukul 4.33 petang kelmarin.
Menurut beliau, pihaknya kini sedang menyiasat perkara tersebut dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
"Kita akan siasat laman ini yang dilaporkan mengandungi maklumat palsu termasuk jika ada unsur hasutan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Johor di sini semalam.

6 comments:

Kalamhati said...

nak kena tulah ke apa org yg buat ni..pk dulu b4 buat..nnt merana diri..huhu

suzzsuzie said...

tak serik2 la dorg ni...bila kena tangkap nanti cakap la menyesal itu ini...kes busuk hati & tak berani tanggung maka letakla gambar org lain...

cik hanny^^ said...

mohon share :)

nuriz said...

silakan hanny

ardinihumaira said...

babap orang cemtu guna gambar orang lain. baling batu sorok tangan. kejam punya orang. ciss cis... sian gadis itu

Solihin Zubir said...

naya je budak pompuan tu.. tak pasal muka dia kena jaja..

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics