Wednesday, October 27, 2010

Paul Sotong Mati Sebab Apa?

Paul Sotong Mati sebab apa? Dah sampai ajal si Paul Sotong, nak buat macam mana, bukan ada sesiapa bunuh Paul Sotong pun. Sapa yang tak suka Paul ni lepas ni senang hati le sebab Paul dah tak buleh buat ramalan untuk pertandingan Piala Dunia lagi heheh!! Ramai yang duk nak goreng Paul dulu kan sebab Paul buat ramalan bagi pasukan kegemaran depa kalah.
Berita kematian Paul memang mengejutkan bagi peminat Paul yang begitu taksub dan sayanh dgn Sotong Paul ni. Ada yang marah marah, ada yang tuduh seseorang dah racun Paul Sotong Kurita ni. Paul mati disebabkan natural causes, dgn erti kata lain dah sampai ajal , sotong kurita terkenal tu kabarnya akan dikebumi cara tradisi. Kat mana tak tau le, maybe kat Jerman kot.


Baca berita ni:


Sotong kurita, Paul yang dikenali kerana ketepatan ramalannya berhubung keputusan pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan Julai lalu, mati di akuarium yang menempatkannya di Jerman.


“Pihak pengurusan dan kakitangan di Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedih selepas mendapati haiwan yang terkenal dengan ramalan tepatnya semasa Piala Dunia lalu itu, mati malam tadi.

“Paul mengagumkan dunia apabila berjaya meramal tepat pemenang perlawanan melibatkan pasukan Jerman, begitu juga dengan keputusan perlawanan akhir. Kejayaannya merupakan cerita yang lebih besar daripada Piala Dunia itu sendiri,” kata pengurus pusat hidupan laut itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan.

Tengok Berita di dalam video ni sila klik link kat SINI

4 comments:

Sharinginfoz said...

memang femes betul sotong ni

ardinihumaira said...

tak sempat nak wat sotong masak merah :p

OrenLimau said...

alahai..kuri kurita sudah mati.Pasni giliran dugong la pulak.die pun nak glamer gak. :)

nosembilanbelas said...

tercapai hajat..wat sotong kangkung

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics