Rupanya tak habis habis lagi kes Namewee ni, ingatkan lepas dia buat video dia disoalsiasat polis dia nak duk diam diam, rupanya Namewee ni duk bergerak aktif pulak ke kolej kolej buat jelajah dan persembahan.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) pulak bersedia mengekori Namewee ke mana saja hero anti racist tu nak pi buat persembahan hangatnya.
Namewee ni pi buat siri jelajah sebab sempena album dia dan nak promosi album dia
Terbaru sepatutnya Namewee akan buat promosi di sebuah koleh swasta iaitu Kolej New Era, Kajang milik NGO pendidikan Cina pada 30hb Sept. Siri jelajah tu batal sebab pihak pentadbiran kolej membatalkan di saat saat akhir kerana mungkin pihak pentadbiran bimbang sesuatu yang buruk berlaku kerana Perkasa pun akan datang buat "siri jelajah " bersama Namewee.
akibat dari pembatalan tu, para pelajar kolej tu pulak buat bantahan dan perhimpunan mendesak pentadbiran kolej benarkan Namewee mai buat persembahan. Apa kesudahannya tak atu le..
Pelajar Kolej New Era minat tarik balik pembatalan siri jelajah Namewee
Perkasa "istihar perang" dengan Namewee
Baca petikan berita ni
Apa kata perkasa:
PERKASA semalam 'mengisytiharkan' perang terhadap penyanyi rap dan pengarah filem kontroversi Namewee selepas album sulungnya dilancarkan beberapa hari lalu.Ketua Wira NGO itu Arman Azha Abu Hanifah berkata, sebagai "panglima perang dan hulubalang Melayu" mereka akan sedia mengekori ke mana saja Namewee mengadakan siri jelajah dan persembahannya selepas ini.
"Kami sambut (siri jelajahnya) dengan tangan terbuka. Kalau dia buat konsert di dalam (dewan), kita akan 'berkonsert' di luar,"
Sumber : www.malaysiakini.com
Bagi saya dua dua ni sedang bermain dgn api, Namewee dgn cara dia, Perkasa pulak begerak mcm menggantikan pihak polis atau penjaga keamanan. Pihak polis buat apa ye? Namee wee kata dia bergerak dan tak takut dengan Perkasa sebab polis ada, agaknya promosi albumnya tu memang dibenarkan oleh pihak polis dan ada permit kot. Keadaan ni mcm tak selesai apa yg akan jadi nanti ye.
12 comments:
kenapa dgn org yang macam nie tak diambil tindakan keras yer?
kan mengganggu ketenteraman negara...biasanyer kalau org kita dah lama kena sumbat masuk ISA...tak faham..
dua2 aku tak faham
ikut keadaan biasa, api disiram dengan air
tak tau sampai bila aku nak faham
Cik Shiela ~ bese le 2....orang lua xdpandang pon..kalau org kite cpt je nmpk 2 n nmpk nie..Rasuah kot..hurm..
trik nafas dlm2..cuba fkirkn,apa jenis gangguan yg dibawa oleh namewee? dan apa puncanya? klu betul dia berslh,dh lama KDN sumbt dlm kem kemunting.tp KDN cube melengahkn wktu.akhirnya hero melayu yg ditunggu,PERKASA muncul. dr entry di atas, ckup x professional apabila namewee konsert di dlm, PERKASA konsert di luar.klu niat betul hendak memadam api, bukankah bodoh jika menyimbah petrol lagi.
dua dua pun sama le mcm tehr kata le main dgn api
apa tujuan perkasa ye, adakah perkasa nak amik alih tugas penjaga keamanan huhu
aku tak pandai nak bercakap tapi aku rase kita patot tepuk dada tanya selera~hahahaha... Jangan kita menjadi orang2 yang bodoh juga..
Jaga diri, hiasi peribadi~ Salam
sgt jelikk tgk namawee nihh...~
aih...tak habis lagi benda ni. dua2 kepala batu ngan api. suda2 la...ramai je org yg baik banding beberapa ketul ni....
Tunggulah hasil dari kertas siasatan dari skmm ke pejabat peguam negara. Lambat bertindak jadi kutu ni bermaharaja lela la.
Kali pertama diampunkan, kali ni tak tahu lah.
Perlu ke Perkasa , mana pergi pemuda Umno.
rupanya dia buat kontrovesi utk publisiti kot?
kan dah glemmer, siap boleh buat album dan konsert.. hebat juga kan
mcm2 namewee ni..
Post a Comment