Friday, October 15, 2010

PTK Dimansuhkan Menjelang Jun 2011

Anda mungkin mahu baca : Senarai  Intipati Bajet 2011

Pemansuhan PTK (Sistem Penilaian Tahap Kecekapan),  diganti dgn satu sistem penilaian yg lebih sesuai utk penjawat/ kakitangan awam menjelang Jun 2011.
Wah! PTK dah mansuh ye, tak payah exam PTK le, tapi mungkin kena exam yang lain pulak heheh!! Tak tau lagi jenis apa penilaian yang baru ni, adakah sama macam PTK atau ada kelainan lain. Harap-harap soalan PTK lebih relevan dan sesuai dengan bidang kerja kakitangan awam supaya tak payah nak ambil exam 3, 4 kali dah :)


Dari Bajet 2011:



Kerajaan bersetuju memansuhkan sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam menjelang Jun tahun depan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Berucap membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri berkata ia adalah usaha berterusan kerajaan bagi menyediakan kerangka penilaian yang lebih bertanggungjawab, relevan dan menyeluruh serta mengambil kira maklum balas penjawat awam.

Mengenai pemansuhan PTK, beliau berkata: "Pemansuhan PTK amat diharapkan, ia menjadi "ubat hati" kepada ketiadaan pemberian bonus kepada penjawat awam tahun ini".
Beliau turut mencadangkan dengan pemansuhan itu, kerajaan dapat menggunakan kos yang diperuntukkan untuk pengurusan peperiksaan PTK kepada pelbagai perkara lain.




 Pandangan CUEPACS:

"Apabila tiada peperiksaan PTK, kita harap tidak berlaku banyak birokrasi dalam urusan kenaikan pangkat. Kenaikan pangkat dapat dinilai berdasarkan penilaian prestasi serta kecekapan, menghadiri kursus, melihat sumbangan seseorang penjawat awam dan mengikut kekananan," katanya.

Peperiksaan PTK diperkenalkan pada November 2002 yang bertujuan menghapuskan budaya mengampu ketua jabatan dan memastikan hanya mereka yang layak menerima pengiktirafan.

5 comments:

SyerAgh said...

makin ramai yang x sakit kepala lpas nie

ardinihumaira said...

Alhamdulillah..
lega rasanya <--- ayat macam dalam profesion keguruan je hahaha ;p

nuriz said...

bukan guru je duk risau ptk ni..idang lain pun risau jugak asik2 fail je hehehe

Kak Mahh said...

Bagi GURU yang bakal menduduki PTK esok,SELAMAT MENJAWAB.

CIK TOM said...

wah happy ye cik nuriz xyah exam..hihi

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics