Thursday, October 21, 2010

Rozaliya Lari Dari Rumah dan Reka Cerita Sebab Tak Mau Nikah

Kes Rozaliya yang heboh dikatakan hilang kini jadi macam kes orang lari dari rumah, Rozaliya ditemui di Bulit Bintang bekerja di kedai 7 Eleven. Cerita sebenarnya, Rozaliya ni lari dari rumah sebab tak mau nikah dengan tunangnya Mohd Helmi.

Rozaliya ditemui kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, selepas dikatakan dua hari bekerja di sebuah kedai serbaneka 24 jam di kawasan berkenaan.
 

Rozaliya Mat Lazim



Penyelia kedai berkenaan memaklumkan perkara itu kepada polis selepas wajah dan berita kehilangan gadis terbabit terpampang dalam akhbar sebelum dia dibawa anggota polis ke IPD Kuantan malam tadi untuk diserahkan kepada keluarganya.





Ketika sidang media di IPD Kuantan, Rozaliya turut hadir, tetapi enggan memberikan sebarang ulasan, sebaliknya lebih banyak tunduk dan menutup mukanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan Rozaliya, 20, seorang jurujual di kedai menjual telefon milik bapa saudaranya di Bandar Cheneh Baru, Kemaman, Terengganu dilaporkan hilang sejak 13 Oktober lalu.



Menurut Mat Lazim, punca anak perempuannya melarikan diri dipercayai kerana tidak mahu meneruskan perkahwinan dengan tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24, selepas hubungan mereka berdepan masalah kira-kira sebulan lalu.

“Anak saya memaklumkan mereka sudah tidak sehaluan dan Mohd Helmi dikatakan mulai berubah sikap.


Menurut Mat Lazim, punca anak perempuannya melarikan diri dipercayai kerana tidak mahu meneruskan perkahwinan dengan tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24, selepas hubungan mereka berdepan masalah kira-kira setahun lalu.

“Anak saya memaklumkan mereka sudah tidak sehaluan dan Mohd Helmi dikatakan mulai berubah sikap.


“Dia memberitahu tunangnya itu bertukar menjadi panas baran, suka mengongkong dan susah diajak ke mana-mana selepas mereka mengikat pertunangan, berbeza ketika mereka masih berkawan dulu,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, malam tadi.


Mohd Helmi ketika ditemui selepas sidang media sama berkata, sebelum ini, dia begitu menyayangi Rozaliya, namun selepas kejadian itu, hatinya sudah tawar.

“Saya maafkan perbuatannya dan biarlah takdir menentukan nasib kami,”.



p/s dah macam drama Chinta le pulak, menukar imej lepas sampai KL, lari dari tunang...
Rambut dia mcm rambut palsu je, lain mcm sikit nampak.

11 comments:

Izan Ishak said...

macam2 kisah skrg ni kan...tak pasal2 dah jadi glemer pulak~~

cik hanny^^ said...

nuriz, mohon share kt fb ye :)
tq

BabiesMom said...

SYUKUR ALHAMDULILLAH.. doa dah d makbul.. beliau jumpa dengan selamat.. biarlah budak2 tak matang lg tue.. tak leh pikir... lagipown mgkin dia takot nk citer kat mak bapak takut maruah tercalar.. paham2... so janji dia selamat kan.. lega den

Ayu said...

salam tuan tanah (",)
a ah dah mcm cerita Chinta lak lari2 dr rumah..nasib baik x terjebak jauh lg cam si Chinta..

Ayen Giggs said...

Gitulaa yek tindakannye klu jenis yg x brape nak matang ni.X pikir panjang dan kesannye.....

Solihin Zubir said...

cis.. sia2 je aku simpati kt dia nie..
agak2 la.. adeyh...

Mario said...

saje nak buat gempak je eh...ekeke

nuriz said...

jgn jadi mcm Chinta sudah huhu...

sapa nak share di fesbuk..sila le

MamaYatie said...

huhu..sabor jer la..tp tak baik2 dedahkan keburukan tunang dia kat media..nmpk dlm tv cam baik jer orgnya

munna said...

macam2... kan dah gelamer seantero malaysia..

Liyana said...

kesian tng n family dia. kot ye selesai la cara baik. nak lari pulak. huhu

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics