Monday, October 18, 2010

Rozaliya Mat Lazim Diculik 2 Lelaki?

                   Gambar Tunang Rozaliya  (klik)



Rozaliya Mat Lazim, gadis cantik jugak bakal pengantin ni yang hilang sejak 13hb Oktober lalu belum ditemui dan belum mendapat apa-apa berita mengenai kehilangannya. Gadis yang bakal berkahwin pada 12hb November ni dikatakan hilang apabila keluar membeli belah di bandar Kuantan, Pahang, dia ditinggal sebentar oleh tunangnya yang pulang ke pejabat di bandar Cheneh, Kemaman kerana ada hal penting.


Rozaliya Mat Lazim


Rozaliya sempat menghantar sms kepada tunangya memberitahu ada 2 orang lelaki sedang mengekorinya, dan dia berasa takut. Tak mustahil jugak Rozaliya ni diculik kerana dari sms yang dihantar kepada tunangnya tu.
Baca berita berikut:

BANDAR CHENEH BARU: Seorang gadis yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada 12 November ini dilaporkan hilang dipercayai diculik ketika membeli-belah di bandar Kuantan, Pahang, Rabu lalu.

Mangsa, Rozaliya Mat Lazim, 20, dikatakan keluar dari rumah keluarganya di bandar Cheneh, Kemaman, bersama tunangnya untuk membeli kelengkapan majlis perkahwinan mereka kira-kira jam 11 pagi.



Ibu kepada Rozaliya, Sabariah Mansor, 42, berkata pada hari itu anak gadisnya yang berpakaian blaus warna hitam dan seluar jeans gelap menaiki kereta tunangnya bernama Mohd Helmi Mohd Nor, 24, untuk ke bandar Kuantan.

Dia berkata, selepas membeli-belah di sebuah kedai peralatan pengantin berhampiran Pasar Kuantan, Helmi pulang ke pejabatnya di Bandar Baru Cheneh seketika kerana ada urusan penting untuk diselesaikan.

Sabariah berkata, Helmi memberitahunya dia meminta Rozaliya menunggunya di depan Pasar Raya Besar Mydin berhampiran lokasi mereka membeli-belah dan berjanji bertemu semula kira-kira jam 3 petang.

“Sebelum itu mereka berdua sering berhubung melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan Helmi memberitahu Rozaliya ada menghantar dua SMS berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekorinya’ dan ‘abang datang cepat, saya takut. Berdasarkan SMS ini, kami mengesyaki Rozaliya diculik,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sabariah berkata, selepas itu Rozaliya terus tidak dapat dihubungi dan bakal menantunya berusaha mencari anaknya itu di beberapa kedai berhampiran termasuk pasar raya tempat mereka membeli-belah sehingga jam 6 petang, bagaimanapun gagal menemui Rozaliya.

“Helmi menghubungi kami memaklumkan kehilangan Rozaliya dan kami sekeluarga terus bergegas ke bandar Kuantan untuk mencari anak saya itu, tetapi sehingga jam 11 malam dia masih gagal ditemui,” katanya.

Sabariah berkata, setelah menemui jalan buntu, mereka mengambil keputusan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kira-kira jam 12 tengah malam hari sama.

Sehubungan itu, Sabariah merayu orang ramai yang mengenali atau mengetahui di mana Rozaliya berada supaya segera menghubunginya di talian 019-9418016 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Di KUANTAN: Pegawai penyiasat di IPD ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kehilangan Rozaliya dan meminta orang ramai yang mengetahui kejadian itu supaya menghubungi IPD di talian 09-5132222.

14 comments:

NIA said...

huish bahaya.dkt phg nih~

Dzasc Skachers said...

wah minah ni pon drang nak kebas?
ape ke hal?
gila btol la zaman skang..

Unknown said...

mana penjahat tue bawa dia.
Kesiannya..
Jgn la jd macam kes2 sblm nie...

http://fadthnwan.blogspot.com

eLL said...

sekarang ni kat malaysia pon dah rasa mcm kat negara asing.. jadi berhati2 lahh selalu

Kalamhati said...

hmm harap dia tak diapa-apakan..takut je dengar..huhu

::Misz sunsWeetz:: said...

kesian nyer dia..harap2x dier ok..marila kigta doakan agar dier selamat

Nasir said...

susah gak noo ..jadi comel sgt..kena culik plak...:(

Liyana said...

kesiannya.. smg rozaliya selamat..

ardinihumaira said...

dni risau sangat sebab rozaliya cantik orangnya.. putih gebu... huhu.. risau risau risau... semoga dia akan kembali dengan selamat, amin...

harap penjahat tu tak apa-apakan dia.. nak kawen dah tu.. kasihanilah beliau. sobbbs :'(

Cik Su Life Cycle said...

bahaya nieh

nuriz said...

sama2 le kita doakan dia

Solihin Zubir said...

ishh.. bahaya btoi zaman la nie.. mcm2 org buat..
mudah-mudahan dia selamat dan tak diapa2kan.. amin..

ISZ eLectronite said...

muke da cun. msti laki2 gatal ske. tp arini kuar paper kate dye x diculik???? apekehe? mgkin dye kne kawen pakse kot...?!

ISZ eLectronite said...

muke da cun. msti laki2 gatal ske. tp arini kuar paper kate dye x diculik???? apekehe? mgkin dye kne kawen pakse kot...?!

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics