Jumlah mangsa kemalangan di Simpang Ampat kini 13 orang apabila semalam berita melaporkan, mangsa bernama Sharifah Asmira Syed Sallehudin 21 tahun meninggal dunia di Hospital Melaka. Baca kisah Sharifah Asmira ni....
Hajatnya bertemu dan menghantar kuih raya kepada sahabat karibnya di Merlimau, Melaka, terlaksana, namun ia perjalanan terakhir buat Syarifah Asmira Syed Sallehudin, 21, yang menjadi mangsa ke-13
meninggal dunia selepas bas ekspres Delima dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 222.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, Ahad lalu. Ibu mangsa, Zaleha Zainordin, 48, dari Kampung Padang Tanjung, di sini, berkata kali terakhir dia berhubung dengan anaknya itu sehari sebelum kejadian apabila Syarifah Asmira memintanya memasukkan RM50 ke dalam akaun bank untuk perbelanjaan pulang.
Menurutnya, memandangkan anaknya meminta jumlah wang yang sedikit dia menyuarakan hasrat untuk menghantar wang tambahan kerana khuatir ia tidak mencukupi.
“Bagaimanapun dia menolak dengan alasan tidak mahu membebankan saya...sebenarnya ketika dia dirawat di hospital, iaitu pada hari kedua dan ketiga di Hospital Melaka (HM) anak saya memberi tindak balas dengan mengeluarkan air mata apabila saya berinteraksi dengannya.
“Saya tahu dia mengetahui apa yang saya katakan kepadanya, namun dia tidak mampu meluahkan hasrat hatinya ketika itu kerana parah di kepala,” katanya.
Zaleha berkata, sebelum pulang ke Maktab Perguruan Lembah Pantai (MPLP), anaknya memintanya menyediakan seberkas kuih untuk dihantar kepada rakan karibnya Juliana Selamat, 21, jika berkesempatan.
Menurutnya, anaknya itu mengenali Juliana ketika berusia 14 tahun apabila sahabatnya itu tersalah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada arwah dan perkenalan itu berterusan sehingga ke akhir hayat.
Sharifah Asmira Mangsa ke 13 Kemalangan Simpang Ampat KM223
Saturday, October 16, 2010
Sharifah Asmira Mangsa ke 13 Kemalangan Simpang Ampat KM223
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment