Siaran Tv Al Hijrah akan mula operasi pada 1 Disember ni tapi di kawasan Lembah Kelang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak dulu. Siaran tv bercorak islamik, yang menjanjikan untuk memapar dan berkongsi maklumat pendidikan jugak hiburan.
Tv Al Hijrah sudah mula mencari tenaga kerja, pengacara, dan ujibakat dah bermula pada 16hb Oktober lalu.
TV Al Hijrah
Siaran ujian akan disiarkan pada 1 November ni pada pukul 3 petang hingga 12 tengah malam dan pada jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Siaran percuma yang bertemakan "Segalanya Bermula di Sini" itu disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 hingga 17 tahun serta golongan muda dan berkeluarga berusia 18 hingga 39 tahun.
Saluran televisyen terrestrial itu dikendalikan oleh Al-Hijrah Media Corporation, yang ditubuhkan dan dibiayai oleh kerajaan serta diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Jamil Khir berkata, pada peringkat awal, sebanyak RM60 juta diperuntukkan kerajaan bagi tujuan operasi televisyen itu.
Kandungan siaran permulaan televisyen itu adalah terbitan tempatan manakala selebihnya adalah kandungan asing dari negara-negara seperti Iran, Indonesia, Turki dan Belanda.
Sejumlah 30 peratus daripada kandungan tempatan diterbitkan sendiri TV-Al Hijrah, katanya.
sumber- BERNAMA dan tv Al Hijrah Media Corporation
5 comments:
blh challange astro awani ni.
bagus ni...
New Entry "Permata Hati Ummi & Abah…"
hmmm prgram baru .. bercorak islam
salam...
good info thank you ye, jemput ke sinar raudah
Masuk sini bru tau ade rancangan baru...nampak sgt x amik berat..huhuhu
Post a Comment