Wednesday, October 13, 2010

Siti Balqis Ghaib Dibawa Lembaga Berbulu Tebal Berwajah Anjing

 Entri berkaitan : Siti Balqis Tak Disorok di Gunung Jerai, Siti Balqis Menipu? (klik)

Selepas gagal ‘mengghaibkan’ Siti Balqis Mohd Nor, 22, jin yang dikatakan mengawal gadis terbabit kini beralih mengganggu ketenteraman keluarganya di rumah mereka di Kampung Gong Nangka, dekat sini.

Senja kelmarin, seberkas kunci rumah yang disimpan dalam beg tangan ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, dikatakan hilang sebelum ditemui diikat dalam kain berwarna merah di atas meja kecil di rumah itu kira-kira sejam kemudian.





Siti Balqis menggemparkan negara apabila sejak dua bulan lalu, dia dikatakan sudah ghaib lebih 100 kali dibawa lembaga besar berbulu tebal dan berwajah anjing ke pelbagai tempat termasuk yang pelik seperti dalam mesin pembancuh simen, kubur, atas siling rumah, atas pokok dan rumah tinggal.


Sejak dirawat tiga pengamal perubatan Islam dari Yayasan Islam Terengganu (YIT), Siti Balqis sudah menunjukkan pemulihan dan tidak lagi ghaib sejak Sabtu lalu.

Beliau berkata, rumahnya kini terpaksa sentiasa ditutup kerana tidak mahu ada orang datang mengganggu keluarganya, terutama bomoh yang menawarkan khidmat merawat anak gadisnya itu.
“Tindakan ini adalah atas permintaan pegawai agama YIT yang meminta kami supaya tidak lagi membenarkan pihak lain mengadakan upacara merawat untuk tempoh tertentu kerana mahu memastikan proses rawatan bersandarkan syariat Islam itu dapat dilaksanakan secara berkesan tanpa gangguan dan campur tangan elemen lain,” katanya.

 Ratusan pengunjung masih menunggu di sekitar rumah keluarga itu untuk mengetahui perkembangan terkini gadis ghaib itu.

Bagaimanapun, orang ramai yang berkumpul berhampiran rumah itu akur dengan nasihat polis yang turut berada di kawasan itu dan meninggalkan rumah terbabit.

Sumber : Berita Harian

13 comments:

Cik Nathrah said...

ish3..macam2 lah skang ni kan...berserah pada Allah je sume insyaallah selamat :)

Muhammad Izuan said...

Nak blajar ilmu ghaib boleh x... pejam je dah ada kat kampung.

Cik SHiNJU said...

Salam...

pelik yer..
ape la yg jin tu nak..
suka2 jer nak sorok anak dara org..

mak_ngoh_selamoh said...

huhu

Solihin Zubir said...

berbulu tebal berwajah anjing? mesti cam werewolf kan.. eurghh.. ngeri..

pch said...

50 KOLEKSI BLOG TERKINI

agaknya..kanapa jin tu wat mcm tu kat dia??



TEKNIK MUDAH LAJUKAN WINDOWS ANDA
KOLEKSI KORD GITAR LAGU MELAYU

NER said...

kesian betui la kat adik ni..muka dia pun dah penat dan x sihat dah nak endure dengan jin yg jht ni..ya Allah,moga2 mereka selamat

nuriz said...

muhamad burn, kalau camtu tak payah naik bas le kan pejam je mata terus dah balik kg heeeee

nuriz said...

Kuasa Allah melebihi segalanya...tunggu je masanya nanti

ardinihumaira said...

dni sedang alami perkara ni.. dah 3 tahun.. tapi bukan di bawa ke alam2 lain sebegitu.. tapi adik dni sedang menderita sakit mistik.. :'( masih belum sembuh... dah lama dia sakit macam tu tapi 3 tahun kebelakangan ini semakin teruk.

Ayu said...

salam kpd tuan punya blog (",)
mcm2 la skrg kan..sapa la yg dengki sgt kat family ni....

incik muhamad burn ~ i like ur statement,hehe..kan best..jimat belanja balik kg..kikiki..;)

BabiesMom said...

Ya Allah.. XO tak nah lak dengar berita nie.. hish cian mangsa n keluarga... ya nuriz KUASA ALLAH lebih HEBAT

Che Armster said...

uikks sedar2 dah ada dalam mesin bancuh simen? lembaga tu keje bancuh simen ke?

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics