Sunday, October 10, 2010

Tangkap Gambar Jin Di Rumah Siti Balqis

Kisah misteri gadis bernama Siti Balqis yang selalu ghaib bila tiba waktu senja dan muncul di beberapa tempat yang berlainan..fuhh!! tak pernah dengar kisah ni lagi. Masa kecik-kecik dulu, mak saya tak bagi main kat luar waktu senja sebab takut disorok hantu. Memang le kan waktu senja tak baik main kat luar rumah, waktu tu setan banyak berkeliaran.
Banyak kisah kisah orang kena sorok dek hantu/ orang bunia tapi lebih tepat disorok di dunia jin. Kemudian beberapa hari lepas tu baru jumpa...dah tu lepas jumpa, orang tu  monyok semacam..ambil masa nak jadi normal semula. Kalau tak jugak sembuh, kena le panggil orang pakar perubatan nak tangkap jin ni datang mengubat org tadi.
Korang percaya bomoh tangkap jin? heheh..saya hanya percaya pada pakar perubatan Islam yang betul betul je contoh dia guna ayat ayat Al Quran, tanpa guna benda benda merepek macam kain kuning dan barang barang lain yang tak da kena mengena. Saya pernah tengok dan baca tentang tu, tak mustahil kaedah tu.

Kalau orang kena rasuk, histeria, contoh macam sekolah kena ganggu sebab buat bangunan baru di tempat
mahkluk tu duduk, jadi kena le ambil khidmat pakar perubatan Islam, takda klinik atau doktor boleh ubat penyakit yg mcm tu kan. Perubatan moden dan Islam kedua-dua sama penting.

Baca cerita Jin dalam botol...





Rumah gadis yang mengalami gangguan misteri yang menyebabkannya sering ghaib di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, diserbu ratusan penduduk selepas dua lelaki datang menawarkan diri merawat gadis itu mendakwa berjaya menangkap sembilan makhluk halus malam kelmarin.

Dalam kaedah rawatan tradisional jam 7.30 malam itu, dua lelaki menggunakan kaedah masing-masing bagi merawat Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang ghaib ‘dilarikan’ makhluk ketika senja dan dinihari, sejak dua bulan lalu.

Dua lelaki itu yang menawarkan khidmat percuma selepas membaca kisah itu di akhbar sejak Selasa lalu, berpecah dua ketika sesi rawatan dengan seorang daripadanya berada di dalam rumah mengerjakan solat dan seorang lagi di luar rumah menggunakan jampi.
Kira-kira 15 minit selepas rawatan, seorang lelaki yang berada di luar rumah mendakwa melihat satu lembaga yang didakwanya dapat ditangkap.

Dia mendakwa dapat menangkap sembilan jin atau makhluk halus yang menyebabkan beratus-ratus penduduk menyerbu rumah gadis itu.

Selepas menangkap sembilan makhluk itu, bomoh itu memasukkannya ke dalam bekas khas bertutup bagi mengelak makhluk berkenaan terlepas.

Orang ramai yang menyaksikannya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan video, kebanyakannya menggunakan telefon bimbit untuk dijadikan kenangan dan bahan bukti kejayaan bomoh berkenaan.
Usaha Berita Minggu mendapatkan komen dan mengambil gambar dua bomoh itu gagal kerana mereka tidak mahu menonjolkan diri sebaliknya memberitahu makhluk halus yang ditangkap, dihanyutkan ke laut.

Siti Balqis pula mengakui kini berasa lebih tenteram kerana dalam tempoh 48 jam lalu, beliau sudah tidak lagi ghaib.

“Saya harap usaha murni semua pihak yang menghulurkan bantuan akan membuahkan hasil dan membolehkan saya kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali.

Ibunya, Norizan Said, 47, berkata, sejak kisah anaknya disiarkan, 17 bomoh menawarkan diri merawat Siti Balqis secara percuma tetapi kejadian malam tadi adalah kemuncaknya apabila bomoh berkenaan dapat menangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib.

Katanya, sejak kisah anaknya disiarkan media, keluarganya juga berasa lega kerana tidak perlu lagi menanggung perbelanjaan besar untuk mengupah bomoh sama ada berasaskan rawatan Islam atau kaedah tradisional kerana semuanya kini menawarkan khidmat merawat anaknya secara percuma.

2 comments:

Solihin Zubir said...

antara ustaz yg pakar dan boleh bercakap dengan jin ialah ustaz harun din.. huhu..

Safinaz Hanum Ahmad Anuar said...

yang penting tiada khurafat...

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics