Tuesday, October 19, 2010

Tunggu Drama Baru Rosyam Nor Trilogi Cinta di TV1

Drama baru yang akan ditayangkan di TV1 mungkin akan popular, cam tu le kata Rosyam Nor, karya dari Sharifah Abu Salem, penulis novel yang tak asing lagi. Drama Trilogi Cinta ni adalah gabungan dari 3 buah Novel Sharifah Abu Salem. Selalunya drama ambil dari sebuah novel je, kemudian depa buat drama, tapi drama Trilogi Cinta ni sapu 3 buah novel sekali..sebab tu nama pun trilogi. Amboi!! dasyat hero malaya ni noooo..laku lagi jadi hero..ahak!

Apa 3 buah novel tu? novel novel popular karya Sharifah Abu Salem ni, ialah Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian, dan Tiada lagi Mimpi. Bagi peminat peminat karya penulis terkenal ni mesti dah baca novel2 ni kot.

Rosyam Nor punya target ialah peminat peminat novel ni yang mungkin tak sabar sabar nak tengok cerita dalam novel diadaptasi ke dlm bentuk drama, dicampur pulak lagi peminat peminat Rosyam Nor yang sememangnya ramai..heheh!! Sambutan hangat pastinya..
Para pelakon lain dalam drama Trilogi Cinta ni ialah, Fauziah Gous, Siti Fazurina, Aida Khalida, Raisuddin Hamzah dan Roslan Salleh dan Amyza Adnan.


Baca selanjutnya.....



Fauziah Gous sebagai Norjinah

Rosyam dan Fauziah Gous dalam Trilogi Cinta


Menurut Rosyam, dia dan Sharifah merombak drama ini agar bersesuaian dengan tema cerita tetapi tidak banyak bezanya dengan kisah dalam novel-novel berkenaan.
Ini kerana katanya jika mereka mengikut kesemua jalan cerita dalam novel itu, ia akan melibatkan kos penggambaran yang tinggi.

“Misalnya, kami tidak dapat mewujudkan i watak Razif yang digambarkan sangat kaya dan mempunyai pejabat di KLCC. Tetapi kami hanya mampu menunjukkan kekayaan itu menerusi rumah. Boleh dikatakan dalam 80 hingga 90 peratus skrip Trilogi Cinta mengikut novel tersebut,”jelas Rosyam kpd media.

Mengikut jadual, drama itu akan disiarkan setiap dua episod seminggu di mana setiap episod mengambil masa selama 1 jam.

Sumber: Mstar online


Sinopsis dari Buku Tak Semanis Impian:
Novel Tak Semanis Impian



NORJINAH... bahagianya sekejap cuma. Kini, kasihnya bersama Razif digugat orang ketiga. Sekeping kad luahan cinta seorang gadis untuk Razif, meraih air matanya. Benarkah suaminya menjalin hubungan sulit di belakangnya? Apakah ini balasan TUHAN sedangkan dia tidak merampas Razif dari sesiapa! Tapi... siapakah gadis itu?


“Lupakah Abang Razif pada janji kita untuk sehidup semati?”


NORSEHA... bukan kali pertama dia melihat lelaki itu. Tetapi pertemuan kedua ini mengusik perasaannya. Lelaki tampan itu cukup memikat. Apatah lagi layanannya yang romantik dan gentleman pada Norjinah menerbitkan api cemburu di hatinya. Sepatutnya, dia tidak boleh berperasaan begitu. Ah... mengapa harus mengalah pada Norjinah? Dia juga merampas Razif dari orang lain.


“Saya cintakan Abang Razif seperti Norjinah cintakan abang!”



RAZIF... sukarnya melafazkan kata-kata. Jika boleh, rahsia ini biar menjadi rahsia. Kalau Norjinah tahu perkara ini, bagaimana? Sedangkan dia tidak pernah berubah hati pada wanita lain. Tapi... gadis itu terlalu berani meluahkan perasaannya. Mampukah dia menepis godaan yang datang?
“Tak mungkin Norseha. Abang hanya cintakan Norjinah!”


Kebahagiaan ini ibarat api yang membakar. Ia cukup menyeksakan. Cinta tak mengenal abang, kakak dan adik! Menang atau kalah bukan jawapannya. Cuma, jangan binasa mengikut rasa kerana impian itu lebih manis dari kenyataan.

1 comments:

MiaSaidin said...

wah.. sy suka 3 novel tu.. mesti tonton ni..

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics