Tuesday, October 5, 2010

Wanita Ada Hubungan Dengan Suspek Pembunuh Sosilawati, Jesyntha Jadi Buruan

Seorang wanita bernama Jesyntha yang dipercayai ada hubungan dengan suspek pembunuh Datuk Sosilawati sedang menjadi buruan polis. Wanita tu bernama Jesyntha Clarene Isreal 27 tahun.




Jesyntha buruan polis



Berita dari Harian Metro:



MyKad Jesyntha bernombor 830630-10-6030. Alamat terakhirnya ialah di Lot 55, Batu 1/2 Jalan Jugra, Banting, Selangor.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin yang dihubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan wanita itu terutama mengenai hubungannya dengan suspek yang ditahan, bagaimanapun enggan memberi ulasan lebih lanjut.

“Saya tidak boleh dedahkan apa-apa maklumat kerana bimbang ia boleh menjejaskan siasatan polis. Lebih penting, saya amat berharap orang ramai yang mengetahui di mana wanita itu berada supaya segera memaklumkan kepada polis,” katanya.

Mengikut laman facebook PDRM, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Jesyntha diminta menghubungi Deputi Superintendan Khoo Leng Huat melalui talian 010-4203791.

1 comments:

Zaer!! said...

Ade lagi suspek yng kene tahan?ape-ape2 pon kita tunggu dan tengok ape kesedahannya..;-)

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics