Friday, November 26, 2010

Kontroversi lagi, PKNS Taja RM 520,000 Perkahwinan Dr Sheikh Muzafar?

Angkasawan negara yang selamat berkahwin pada 10.10.2010 dengan penuh gilang gemilang, dan menjadi wedding of the year kini menjadi kontroversi sikit. Dr SMS pun tak terlepas dari gossip dan kontroversi, dulu kes Dr Sheikh yang disiasat oleh MOSTI berkenaan pendapatan yang dikutip hasil dari ceramah2nya. Dalam harian metro melaporkan tentang dakwaan yang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) taja kira-kira RM520,000 untuk majlis perkahwinan angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muzafar/Muzaphar.
Cerita tu telah dinafikan oleh bapa Dr Sheikh sendiri dan dia berasa kesal dan marah tentang cerita yang tak benar tu. Ketika ini Sheikh Muzafar dan Dr Halina sedang berada di Mekah kerana menunaikan Haji.

Petikan dari Harian Metro:



Sebagai bapa saya memang marah. Fitnah ini merosakkan nama baik kami sekeluarga dan saya nak tegaskan 100 peratus wang itu bukan untuk majlis perkahwinan anak saya,” kata bapa kepada Angkasawan Negara, Datuk Sheikh Mustapha Shukor (gambar).
Beliau melahirkan kekesalannya dengan dakwaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menaja kira-kira RM520,000 untuk majlis perkahwinan anak ketiganya, Datuk Dr Sheikh Muszaphar sedangkan perkara itu tidak berlaku.

Katanya, syarikat terbabit tidak pernah mengeluarkan jumlah wang yang besar untuk upacara perkahwinan Dr Sheikh Muszaphar dengan Dr Halina Mohd Yunos, sebaliknya peruntukan itu digunakan sepenuhnya untuk tujuan perniagaan.
“Saya menyiasat sendiri kesahihan fitnah ini sebaik ia disiarkan dan ternyata dakwaan itu silap. Wang RM520,000 hanya untuk tujuan perniagaan yang mana PKNS menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Advanced Science Education Asia Sdn Bhd.

“Kebetulan syarikat ini dipengerusikan Sheikh Muszaphar dan majlis MoU diadakan pada 7 Oktober, beberapa hari sebelum upacara perkahwinan berlangsung untuk menubuhkan Pusat Penjelajahan Sains dan Angkasa Antarabangsa di Taman Sains Selangor 2 (SSP2).

“Tiada kena mengena langsung dengan perkahwinan, tetapi sengaja dimanipulasi pihak tertentu memandangkan beberapa rakan angkasawan daripada Rusia, Korea Selatan dan China turut hadir pada majlis terbabit,”

difahamkan PKNS turut mengadakan majlis makan malam bagi meraikan 120 angkasawan bersama pasangan masing-masing sehari selepas majlis MoU diadakan, sebelum Dr Sheikh Muszaphar sendiri menjemput angkasawan sama ke majlis perkahwinannya.

“Jelas di sini 120 angkasawan dunia yang dikatakan hadir pada majlis perkahwinan Sheikh Muszaphar, sebelum itu sudah pun diraikan PKNS menerusi majlis makan malam istimewa.

“Dengan kata lain mereka sebenarnya diraikan dua kali pada majlis berbeza, bukannya satu majlis yang semuanya ditaja PKNS. Tidak betul itu,” katanya yang memberitahu sengaja mengadakan sidang media terbabit bagi menjelaskan semua perkara tanpa menunggu kepulangan Dr Sheikh Muszaphar.

Beliau berkata, anak dan menantunya itu ketika ini sedang mengerjakan haji di Mekah sejak 11 November lalu dan dijangka kembali ke tanah air Isnin depan.

4 comments:

gnesop said...

bazir jer..
baik labur ke perkara untungkan rakyat

Anonymous said...

ishh..jahatnya buat fitnah camtu!! ;/

Belalang hijau Perisik said...

owh,salah paham je la?

Izan Ishak said...

dr SMS pun tak terlepas dari gossip2 gini kan...

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics