Thursday, November 4, 2010

Musibah Banjir Paling Buruk di Kedah 2010

Salam semua blogger, salam sejahtera semua. Saya tidak update blog sejak entri saya terakhir pada 2hb Nov. Kawasan tempat tinggal saya antara terjejas kerana banjir buruk , boleh dikatakan paling buruk sejak 2005. Saya terpaksa berpindah ke rumah saudara saya di Alor Setar. Ada kawasan di Alor Setar yang masih lagi selamat dan berada di tempat tinggi dan jauh dari sungai.
Kat sini dngan sehelai sepinggang saya boleh update blog sekejap. Berita baik sikit pada pagi ni, air mula surut di di kawasan Jitra dan Kepala Batas, Kubang Pasu, kawsan tempat tinggal saya...namun berita agak tak baik bagi Kota Setar, kerana air mula mengalir ke hilir. Dalam berita di pagi tadi, paras air mula naik di sebelah Kota Setar.


Sebanyak 40,000 penduduk terpaksa dipindahkan. Mangsa banjir didaftar ialah lebih kurang 20,000, tak termasuk yang belum daftar lagi. Keluarga saya pun tak sempat nakdaftar.
Kami tak pi ke tempat penempatan mangsa banjir sebab ada rumah sedara jadi kami tumpang tinggal kat sana je la.
Rumah saya, pada tahun 2005 banjir buruk pada tahun tu, masih selamat lagi, tapi pada tahun 2010, kami semua kawasan Kepala Batas tak menyangka banjir sebegitu teruk, dan air naik sungguh cepat. Seolah olah macam tsunami kecil.

Selamatkan harta benda yang penting saja, pindahkan barang yang mampu saja, macam perabot dan almari, peti ais dan mesin basuh memang dah terendam dalam air.


Masjid di tempat tinggal saya

Semalam, saya terpaksa meredah jalan ni dengan motorsikal untuk ke jalan besar, sebab kereta dah tak boleh masuk jalan ni. Sedara saya mengangkut kami seorang demi seorang dengan motor, terasa arus air kuat masa duk redah jalan tu, alhamdulillah selamat jugak. Bot polis pun dah masuk untuk selamatkan kawsan yang lebih dalam. Belakang masjid tu ada beberapa kampung lagi yang rumah dah tenggelam hingga paras bumbung sebab kawasan tu rendah.
Rumah jiran, yang kami duk menumpang sekejap, belakang tu sungai, rumah dia macam pulau kecil, keliling air .


Mungkin 2 hari lagi keadaan akan pulih sikit kawasan Kepala Batas, dan Jitra. Tidur pun termimpi mimpi air, dengan penat memunggah dan selamatkan barang, baru hari ni dapat rehat dan tidur cukup.

Tugas lain menanti ialah, tugas membasuh rumah, lumpur, barang barang mcm mangkuk pinggan yang penuh lumpur..tak sampai hati nak tengok dalam rumah, barang barang dan baju yang terapung..
Semuanya duggan dari Allah, ada hikmah di sebalik setiap kejadian..bersabar dengan apa yg berlaku..

Kalau ada masa dan kesempatan bolehla saya update lagi..insyaallah..

8 comments:

Nasir said...

sedih la~~huhu dugaan dtg nie~~bersabaq yer~~

SOLATKAH KITA

cikgu_aare said...

banyakkan bersabar ye..dugaan Tuhan..pasti ada hikmah.

OrenLimau said...

huhu..seb bek kulim x banjir...
adeh~

Kancilbiru said...

sedihnya...dugaan ni...takpa, hadapi dgn sabar yer..sy doakan semuanya ok..

Unknown said...

sabar nuriz, esok kami geng2 wargakilang dari kulim hi-tech akan turun ke sana bawa sumbangan. moga dapat meringankan beban .... tak banyak sedikit. insyaAllah.

Lynaatika Yusoff said...

saba ye awk...dugaan drpd Allah utk hamba nyer...supaye kite x lupe pd Dia...saye pon mcm awk jgk...

Mario said...

harap2 dorang seme bersabarla eh...

JZ Business World said...

aha.. betul tu. sabar je lah dgn semua dugaan Allah ni.

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics