Monday, November 22, 2010

Review Filem 2 Alam- Aksi Ranjang Suhaillah Salam Gersang

 Entri lain : Filem 2 Alam Dr Rozmey Penuh Kontroversi

Benarlah ulasan dan review dari para wartawan yang dah tengok filem 2 Alam lalu..sebelum ditayangkan 18hb Nov lalu. Filem hancur Dr Rozmey yang lebih rendah kualiti dari drama cerekarama Tv3. Baik tengok cerekarama le daripada duk perabih duit beli tiket wayang huhu!! Siapa yang pi tengok mesti rugi kan. Tgk free download kat internet le kalau nak tgk tak le rugi.


Bukan tak mau support filem melayu, tapi kalau filem melayu hampeh lagu tu, sapa nak tengok, penonton bukan le kureng bijak, penonton dah pandai menilai. Tak payah le duk sogok dengan aksi aksi seks atau adegan atas katil, adegan di ranjang, atau sogok dengan aksi aksi gersang Suhaillah Salam tu (mungkin ada jugak yang nak tengok aksi Suhaillah Salam..tu yang laku jugak tiket wayang).  Memang filem ni tak sesuai ditonton oleh keluarga, jangan bagi anak anak tengok le, tak sesuwaiii!!
Suhaillah Salam ialah heroin dalam filem 2 Alam dia pelakon dari Singapura yang berlakon bersama Aaron Aziz.
Suhaillah pernah membintangi drama bertajuk Mr Kiasu -Minah the Secretary di Channel 5 televisyen Singapura selain turut berlakon dalam drama Anak Metropolitan, Cinta Bollywood, Ejen Cinta dan Adam Cinta Siapa.
Suhaillah yang pernah dinobatkan sebagai Artis Paling Ngam di Singapura juga pernah membintangi telemovie bertajuk Riau dan Kasih Ibu Sepanjang Jalan.

 Suhaillah Salam dalam 2 Alam

Sinopsis 2 ALAM

Kisah bermula di sebuah kampung terpinggir yang mana masyarakat sibuk dengan persiapan bagi menyambut ketibaan jenazah Amy atau Adam  dari kota.  Ketika ibu bapanya, Halimah dan Zainal yang lumpuh bersedih, Uztaz Ishak, rakan Adam dari kecil sibuk mengatur urusan.  Jenazah yang tiba mengalami kesukaran untuk dikendalikannya. Jenazah Amy menjadi berat dan kaku mengeras mendatangkan kesukaran kepada semua yang ada.

Dipaparkan juga kisah hidup Amy yang setelah kembali dari London, hidup bersekedudukan dengan Juan Agustin, juga seorang penyanyi popular yang sama dengannya. Amy dan Juan Agustin hidup dilimpahi dosa serta hiburan melampau tanpa batasan. Akhirnya ketika leka, Juan Agustin disamun dan dibelasah manakala Amy dilarikan lalu dirogol bergilir-gilir oleh tiga pemuda. Juan Agustin yang selamat melapokan kejadian itu kepada pihak polis. Amy berang kerana tahu bahawa reputasi dan rahsianya mennukar jantina denagn cara pembedahan di masa lalu terbongkar maka terjadilah pergaduhan dengan Juan Agustin yang berakhir dengan perpisahan.
Dunia Amy musnah, tertekan, bersendirian dan kecewa. Amy nekad membunuh diri. Turutan dari itu jenazahnya kembali kekampung seperti di awal cerita.. Setelah berjaya mengharungi dugaan, Ustaz Ishaq bersama penduduk kampung membacakan talkin di kemuncak kisah ini, Namun ianya tidak dapat membendung akan dosa berat Amy.

14 comments:

Siti Safiyyah said...

oo.. ini ke review filem tu? macam tak best je.. huhu

Kancilbiru said...

dr tu syok sendiri la gamaknya..hehehe

En iLHAM said...

huhu
nasib baik aku belum tgk lagi
tapi mcm teringin nak tgk
huhu
camne??

joegrimjow said...

campo susu dengan minyak

shaffique said...

dapat kutip rm40 juta la sangat. haha.


My latest entry : Invisible Man Memang Wujud !

fasham said...

hmm no komen..^___^

Solihin Zubir said...

publisiti murahan...
nyampah.. sejak akhir2 ni byk filem melayu yg guna taktik kotor nie untuk lariskan filem..

faizalnizam said...

cam takbest!

Myvitrd said...

sepatutnya dia fokus pasal produk diet tu. yang g pi bikin filem pasal apa kan dah kena kondem..kesian

Belalang hijau Perisik said...

review nih atas tonton nuriz sendiri atau baca dari org lain jugak?

nuriz said...

review dari web hiburan dan wartawan..saya tak tgk lagi

saya tunggu filem ni keluar kat website free download..tu pun tak pasti lagi nak tgk ke tak..mcm tak berbaloi je nak download walau free

mohamed hatta said...

sedih baca review ni..baru nak tonton...

ejaMaria said...

sinopsis mcm cite menarik... cara di 'wayang' kan yg tak best ke?... ramai sgt yg kutuk filem ni... mmm... tertanya-tanya???

Muhammad Izuan said...

so cte ni hampeh la?? kak nuriz da tgk ke... nt sy wt cte baru... 3 alam... haha

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics