Friday, November 26, 2010

Siti Di Alam Fantasi 3 di Istana Budaya, Bakal Mencatat Sejarah Penonton Teater Paling Ramai

Siti di Alam Fantasi 3 yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 22 hingga 31 Disember ni menampilkan Liyana Jasmay sebagai watak Siti. Watak Siti pernah dilakonkan oleh Amy Mastura sebelum ni. Teater muzikal Siti di Alam Fantasi ni sesuai untuk kanak kanak, tapi rasanya orang dewasa pun akan enjoy tengok lakonan bertenaga Liyana Jasmay yang comel dan ceria ni. Sekarang kan musim cuti sekolah, masa ni le sesuai ibu bapa nak bawa anak anak pi jalan jalan beriadah.



Dengar lagi, ada para pelakon hebat lain yang menjayakan teater muzikal ni iaitu Fizo Omar sebagai Putera Katak dan Ketua Lipas, manakala Umie Aida atau Ziela Jalil akan menjadi permaisuri katak. Vanidah Imran sbg Ratu Labah labah.
Skrip skrip dan dialog yang lebih lawak dan boleh buat penonton pecah perut, wahh!! menarik sungguh ni.

Boleh kalau nak katakan ini teater muzikal ni bakal mencatat sejarah kerana boleh menarik penonton paling ramai.


Info tambahan :
Tiket menyaksikan Siti Di Alam Fantasi boleh dibeli pada harga RM30, RM50 dan RM150. Untuk pertanyaan, boleh hubungi box-office (03-40265558) atau layari www.ticket2u.biz atau www.istanabudaya.gov.my.

Teater ni merupakan teater kanak-kanak pertama yang dipentaskan di Istana Budaya dan mencatatkan sejarah penonton paling ramai mengatasi teater dewasa. Novel Siti di Alam Fantasi 3 pun akan berada di pasaran tak lama lagi.

Info dari Murai.com.my

Kata Liyana, dia bernasib baik kerana wataknya dalam pementasan teater Natrah musim yang kedua ini, tidak begitu banyak.

"Disebabkan itulah, saya berani terima tawaran untuk menjayakan Siti di Alam Fantasi 3. Lagipun, macam yang saya cakapkan tadi, saya memang suka sangat dengan cerita berbentuk fantasi yang diterapkan dlm teater ni sebab itu, saya sanggup menerimanya," katanya lagi.
Sementara itu, bagi pengarahnya Aminah, dia amat optimis bahawa pementasan Siti di Alam Fantasi masih relevan dan mampu menarik khalayak untuk datang menyaksikannya memandangkan suntikan beberapa pembaharuan bakal dilaksanakan.

"Selain pertukaran pelakon,kita juga melakukan beberapa pertukaran. Antaranya, penambahan babak dan lagu, rekaan pentas yang lebih besar dan penggunaan kostum yang lebih menarik," katanya.
Malah katanya, teater tersebut juga turut mengangkat isu-isu semasa sebagai tauladan buat semua.
"Walaupun dah musim ketiga, teater ini tak akan lapuk. Sebab kita sering mengetengahkan isu-isu semasa seperti diculik, didera dan sebagainya. Semua itu berguna sebagai pengajaran buat kanak-kanak agar lebih berhati-hati," jelasnya penuh teruja.

p/s: Filem 2 Alam 2 juta atau 200,000 jumlah kutipan? 40 juta dah cicir kot belakang...kah kah kah!!!

9 comments:

nickname: J said...

menarik nie thanx for the info

sarah mohamad said...

ala ala alice in wonderland je aku tengok .

fasham said...

cam nak g tgk jer hehe

shaffique said...

liyana jasmay ! kena tengok ni. haha.


My latest entry : Kasut Adidas Superstars Facebook Dan Twitter

nuriz said...

memang cerita Siti di Alam FAntasi ni mcm Alice in Wonderland tapi ala ala versi Melayu punya le..tak kisah le asalkan bagus dan berfaedah untuk kanak kanak.

Lyaa Suriany said...

thnks for info
mcm menarik je

Aida Azryn said...

Whoa! aida suka cite fantasy macam ni..

Asyik Izas said...

minta izin nak share kt blog juga yea..

nuriz said...

sila le Nikki

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics