Wednesday, February 10, 2010

Bagi Ayam KFC 2 ekor (bahasa kedah "ekoq")




Aku teringat kisah lucu ni waktu pi beli kfc dgn roomate aku dulu, kisah ni dah lama tapi masih segar bugar di memori aku nie. Waktu tu dlm restoran kfc tu,tengah ramai orang semua kena beratur ikut giliran..dlm keadaan yg boring sgt2, aku dgn roomate aku hanya tunggu dan tunggu sambil tgk gelagat pelanggan-pelanggan yg tengah memesan meal depa.
Ada seorang chinese man pakai seluar pendek,pun tengah memesan kfc di kaunter sebelah..aku dgn roomate aku pun tgk je la gelagat dia (takda benda nak tgk) masa dia pesan tu bukan cakap slow slow tapi kuat le jgk..

Budak yg jg kaunter tu pun layan dia mcm biasa le tanya nak mkn sini ke bungkus ke
Dia nak bawa balik so takpe la..pastu dia kata
" Bagi ayam 2 ekoq!"dgn suara kuat dia tu..apalagi budak yg terima pesanan tu pun terbeliak biji mata, kehairanan, pelik pun ada, pastu budak tu tanya le lg
sekali, utk kepastian (betoi ke telinga dia ni dengar tadi),"Ayam 2 ekoq?" dgn lemah lembut dia pun bertanya kat chinese man tu.

Aku dgn roomate aku duk bisik bisik le.. "Aih!byk betui dia ni pesan sampai 2 ekoq".

Oleh kerana dia sedar dia sudah salah sebut dia pun tukar balik pesanan dia tu..
"err..bagi ayam 2 ketui"
Budak tu pun jwb," Oooo..2 ketul.." hehehehe

Aku dgn roomate pun dah keras perut duk tahan gelak.
Orang td pun dah malu (dia tahan jgk malu dia tu)hehehe
apa nak buat silap sebut penjodoh bilangan..betul dah penjodoh bilangan tapi terlalu byk ekor..hehehe tp kalau nak buat kenduri Hepi New Year ok what ;)

1 comments:

Unknown said...

hahha..sorg2 klo mkn 2 ekoq..mampuih gak nk telan...hahhaa

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics