Wednesday, February 10, 2010

SAKA - Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri..

Apesal tetiba nak jd Expose Mistik ni?Tak pun jadi mcm Misteri Nusantara. Sejak akhir-akhir ni, cerita pasal Saka makin kerap aku dengar. Dari cite kwn-kwn aku, pastu cite dari adik aku, semua pasal benda tu. Dah la kat tv pun asik cite hantu je. Malaysia ni byk hantu betol le.

Saka ni memang betul-betul berlaku le, dan setiap cerita yang aku dengar dan aku penah tengok depan mata aku sendiri, apa yg terjadi pada kwn aku memang meremangkan tengkuk. Eh mlm mlm ni..ada sesapa terbaca entri aku,,jgn pandang belakang. Hehehe! Anda keseorangan ke?

Dulu aku baca dalam buku tentang sihir dan jin, dan pernah dengar ustaz ckp, Saka ni ialah jin atau 'penjaga' yang dibela oleh org yg mengamalkan ilmu hitam, sbg penjaga kampung, harta atau untuk tujuan tertentu. Saka ni akan pergi kepada pewaris iaitu anak cucu orang itu, untuk dijadikan tuannya yg seterusnya slepas tuan yg pertama td mati. Saka mcm dalam filem Waris jari hantu, memang ada Saka Rimau. Saka hantu raya pun ada.


Kawan aku ni ada saka Rimau. tapi dia tak tahu sebenarnya dia ada saka dari warisan nenek dia yang dah meninggal. Dia akan kena rasuk dan jadi seperti harimau bila dia lemah atau tengah sakit, atau tensen. Sehinggalah dia pegi berubat, barulah dia dpt tahu dari ustaz yg mengubat dia tu yang dia ada saka.
Nak buang punyalah payah, dan kena pegi berkali-kali untuk buat rawatan. Dia penah jadi macam orang gila bila dalam ofis, dia boleh nampak bermacam- macam bentuk jin yang bertenggek atas komputer, yang merayap kat lantai, atas siling, ala-ala mcm Ghost Whisper tu. Ustaz kata, mata dia telah dikuasai oleh saka nenek dia, sehinnga dia mampu nampak semua benda tu. Ye lah kan, jin sama jin boleh la nampak "kawan" dia. Begitu seksa bila org ada saka ni kan?



Adik aku pulak pun ada cerita dia sendiri, kawan dia pun pernah dirasuk di ofis sehingga 9orang lelaki tak mampu angkat, terlalu berat, muka dia yg manis tiba-tiba jd bengis dan suara pun bertukar jd garau. Ceritanya, dia ada saka nenek dia jugak. Pada masa yg sama dia terkena sihir oleh seseorang yang nak kat dia tapi dia tolak cinta org tu. Jadi orang yang mengubat dia bagitahu, saka nenek dia sedang berlawan dengan sihir orang jahat tu. Wah! ni jin sama jin berlawan. Yang jadi mangsanya tuan badan, masa dia tengah mengamuk, jari dia menjengkau mcm harimau, dan dia jatuh sampai patah ibu jari tangan. Nilah bahana bila saka ada dlm tubuh manusia.

Ustaz yang mengubat dia ni ada bagi nasihat bila dia tanya mcm mana nak buang saka tu, Ustaz tu ckp, kita ni tahu baca ayat quran, ayat qursi, tiga qul tapi kita tak tahu nak menggunakannya. Kadang-kadang bacaan pun silap, atau tak tahu maknanya. Macam seseorang yang ada senapang, tapi tak pandai guna, setan iblis pun gelak je kalau kita tak tahu guna ayat tu. Ustaz tu ckp, jin-jin atau iblis ni sentiasa berkeliaran dan kita nak halau mcm mana? Itulah gunanya solat, zikir dan baca quran. Setan ni banyak katanya, mcm lalat, kita halau dia akan datang balik, macam kita halau lalat, jadi pandai-pandailah kita pasang pelindung diri dan kuatkan jiwa kita. Ya, aku terdiam seketika dengar kawan aku bercerita. Sama-sama le kita kuatkan jiwa kita.

Itulah kan..bahana yang menimpa bila org menjadikan setan itu tempat meminta pertolongan. Sudah jadi syirik yang berdosa besar. Sehinggakan membawa kesusahan pada anak- cucunya yang tak tahu apa-apa. Merosakkan diri.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics