(Entri lama dipublish semula)
Gambar-gambar iklan ni terdapat dalam suratkabar The Straits Times yg berharga 15 cents je pada tahun 31hb Ogos 1957 iaitu hari kita Merdeka. Suratkabar ni penah dikeluarkan pada Bulan Ogos masa kita sambut hari Kemerdekaan pd thn lepas.
Aku paparkan di sini kerana tertarik dengan iklan zaman dulu-dulu, zaman sebelum mak dan ayah aku belum kawen lagi.
Zaman tu jugak ayah aku dah guna minyak rambut Brylcream dlm botol kaca dan botol tu pun masih ada dlm almari sebagai kenang kenangan.Sekrg minyak tu dlm bekas plastik dah tak guna kaca dah.
Bentuk bentuk iklan tahun 1957 memang le berbeza dgn yang sekarang, masa tu belum ada teknologi canggih, semua dah al maklum kan. Jadi pelukis atau pencipta iklan tu gunakan kreativiti untuk buat lukisan yg menarik perhatian pembaca. Kebanyakan model iklan guna muka orang putih lagi walaupun dah merdeka…. tu le zaman penjajah payah nak hapus kesan penjajahan tu.
Sampai sekarang pun model iklan di tv, atau media cetak masih guna muka pan- asia iaitu campuran muka ala ala org puteh.
Jadi tengok le sendiri macam mana iklan tahun 1957 ni
Iklan tentang minuman Ovaltine Cold, si anak suruh ayahnya teka bau dr minuman tu sambil menutup mata ayahnya, pastu ayah dia tak tau jawab, si anak pun jawab “It’s Ovaltine cold” Surprise! Yang Surprise tu aku sj tambah hehehe..
Iklan ni pulak jual bedak Johnson & Johnson , jenama ni memang terkenal sampai la ni bila ibu ibu beli bedak ke lotion ke byk guna ni le tp bukan ibu ibu je guna semua lapisan umo dah guna produk keluaran ni. Dulu belom ada jenama buatan sendiri mcm safi, zaitun dll
Ni plak sabun magic sebab sabun ni transparent, tengok model iklan minah saleh tu dia letak di mata dia, masih nampak lagi terbias mata dia tu..uuu dasyat ye sabun magic ni, mesti laku sgt sgt kot sabun tu pada masa tu.
Yg ni iklan minyak Shell untuk kereta, bermacam macam model kereta, ada kereta mcm Hj Bakhil pakai tu pun ada jgk.
Jenama susu ni memang masih femes sampai sekarang kan.
Ni imej menunjukkan rekabentuk kereta yg terdahulu sebelum tahun 1957
Yg tahun 1957 tu le yg model terkini, sapa pakai kereta tu kira megah sgt sgt ler lalu kot kampung kot atas jalan kan..
Haa.. ni iklan minyak rambut. Ni le minyak rambut yg ayah aku pakai tiap tiap hari bila dia pi keja, dan masa dia nak pi mengorat mak aku hehehe…Tengok model tu..Fuh! hemcemnye, ni minah mana tgk mesti terpikat tgk rambut dia berkilat, bersinar, menyilau je.. tak heran le minyak ni the largest selling in the world pd zaman tu…sekarang pun masih kekal jenama ni di pasaran.
Minyak rambut wanita plak..You are judged by what you are like..cewahh
Pakaila minyak rambut biological hair tonic ni mesti rambut anda jd mcm rambut model tu hihihi!!
Sapa tak penah makan ni? Mesti penah punya. Sardin mai dari Jepun ni..tgk model dia pon dr Jepun. Jenama turun temurun ni..
Ni plak iklan khidmat keretapi, mcm mcm nama ada, Golden Arrow, North Star etc. Keteapi ni le Kassim Selamat duk bergerak dr Penang- KL- Singapore buat show selepas ditinggalkan oleh Sabariah…Alahai Kassim..
Dry battery radio ni memang mahal masa zaman tu, datuk aku beli dgn harga 3ratus lebih kalau tak silap. Kena beli jugak sebab nak dengar berita, lagu lagu melayu asli, lagu P Ramlee pastu ada drama radio plak. Bila dah ada radio tu member member dia mai la nak dengar berita. Pakat tunggu bersila mcm nak tengok TV hehehe..punya seronok buleh dgr radio.
First King Of Malaya ialah Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Rahman, wajah baginda ada di ats wang kertas kita.
Dalam paper hari pertama merdeka tu banyak ucapan tahniah dan kata kata diberi oleh pelbagai pihak antaranya Ford Motor Company ada menyatakan kata kata tahniah di atas kemerdekaan yg dicapai pada thn 1957, jd aku petik sikit kata kata tu
To the majority of people outside Malaya our country means rubber, tin and padi from a pear shaped peninsula inhabited by many races.
To all who share its heritage it mean much more for we sess more than these material things.
We see the green jungle as a competitor to be held back, so that we can plant our estate, build our homes and kampong, develop our cities and extend our roads.
Setelah lama dijajah memang sudah tiba masa untuk semua rakyat bina semula hutan, kampung dan bandar, pastu dah semua habis bijih timah, arang batu, emas, getah diangkut pi keluar memang sudah tiba masa utk rakyat bekerja kuat..nak capai apa yg ada sekarang memang payah.
LET’S GO BACK IN TIME 1957 HISTORICAL ADVERTISEMENT
Monday, February 15, 2010
LET’S GO BACK IN TIME 1957 HISTORICAL ADVERTISEMENT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
aku xleh bayangkan klo 50 tahun lg iklan camner la agaknye kan??
heheh
Post a Comment