Semua orang pakai komputer sekarang, nak bayar bill, beli barang, byr insurans dan segala-galanya online je. Cari kawan, berblog, fesbuk, myspace chatting...bla bla..Semua di hujung jari kita kan?
Bagaimana pulak jika anda ada pasangan yang curang secara online ataupun menipu anda di sebalik kemudahan online ni?
Cian kan kat cik kak yang buta IT, asik jaga anak tak tau pun laki dia duk watpe dalam internet. Ntah2 laki tengah syok layan fesbuk jupe awek baru.huuhu.
Ini antara tanda-tanda pasangan anda menipu: Check it out!!
1. Semua dalam pc pasangan anda ada password. Tidak dinafikan password untuk keselamatan. Emel, internet acount semua ada password tapi jika folder atau emel pun tak nak bagitau password kat pasangan, mesti ada benda nak disorok.
2. Pasangan anda suka guna komputer bila anda sudah masuk tidur/ guna komputer lewat malam . Bila terjaga anda sedar-sedar cik abang tak de di sebelah. Peluk le bantal busuk sorang-sorang.
3. Pasangan anda tiba-tiba shut off komputer apabila anda pegi rapat dan tinjau-tinjau pe dia buat. Ini i dipanggil penyakit sentap power root.. eh silap bukan sentap tapi panic behaviour. Tindakan yang agak buduh ini jugak akan merosakkan komputer dengan cepat. Segala hardware atau software dan fail2 penting mungkin akan hilang. Senario ni mungkin terjadi apabila si suami tengah syok layan gambar tak senonoh atau video panas dan tetiba si isteri datang tanpa bagi signal. Opocot mak kau!! terus shut down pc.
4. Menggunakan pc atau laptop dengan mnyorokkan skrin dari pandangan anda. Paasangan alihkan skrin supaya anda payah nak tengok atau duk jauh jauh dari anda. Mungkin ada sesuatu yang dia tak kasi anda tengok...
5. Clear internet history. Belum pun sempat anda cek pe pasangan anda serve internet, website mana dia layan mlm tadi, dia dah clear semua. Huhuhu!! tak dapat le anda cek pe kebenda dia buat. Kemudahan ini jugak bagus untuk pasangan curang/menipu ye.
6. Pasangan anda suka layan online game lama-lama, mula mula online game pastu dia win kadang-kadang dia kalah. Pastu lama kelamaan dia kalah teruk dan dia penat main game, dia main lak chating-chating..apa nak kata lagi bila dia ketagih chating..merana le badan cik kak.
kemudian pasangan anda mula tak boleh lekang dengan pc dia asik nak duk depan pc je, tak mau pi jalan-jalan, kalau keluar cepat-cepat nak balik.Kalau boleh dia nak peluk pc je..
p/s:Oleh itu, jika anda tak mahu pasangan anda jatuh cinta dengan pc dia, maka gunakanlah pc bersama-sama dengan pasangna anda walau di mana jua.(sape tak suka idea ni?lempang aku skrang) Heheheheh
7 comments:
hoho
nice
like this
mmg ada ciri2nya pun
;)
sapa yg ada ciri-cirinya tu?hohoho
nice one! :)
oh, mmg xde privasi la cm ni...
walaupun kapel, kne ade privasi gak...
hoho...
gambar yg sorok skrin tu klaka la! love this, good one :)
hoho nak tegelak gak,meh gelak meh
Yess.... privasi perlu diberi pada pasangan kita dlm kes pc/laptop tue....
Post a Comment