Monday, January 11, 2010

AKSI SEXY DALAM KOLAM..




Aksi panas dan sexy dalam kolam..ikan. Bukan untuk 18sx ye, ini cuma aksi si ikan gapi jantan yang sedang mengorat gapi betina..kih kih kih!!
Aksi paling best sekali yelah bila si jantan ngorat yang betina, ikan gapi jantan akan keliling ikan betina atau dia akan gedik gedik ekor dia sambil badan dia reverse ke belakang. Bahasa badan ikan jantan tu kalau diterjemahkan mungkin maksudnya lebih kurang “hey sexy nak pergi mana?” heheh dan kalau ikan tu manusia mungkin manusia yang tengah buat shuffle duk ngorat awek huhu.

















Memang ralit tengok aksi gapi ni main-main dalam kolam. Anak-anak gapi ni pun dah cergas, pandai makan ulat jentik-jentik dah sekarang.
Bila tengok ikan ni memang beri ketenangan sungguh..sedar sedar dah dekat ½ jam tgk ikan. Tengok ikan cari makan celah batu, pokok, lumut..rasa macam nak masuk berenang sekali le…hehehe.Ikan gapi aku ni tak suka duk dalam balang lutsinar, dia lagi suka dalam kolam biru tu. Bila masukkan saja dalam balang lutsinar tu terus dia macam stress je. Tempat pun sempit tak dapat berenang bebas berbanding dalam kolam besar tu dia boleh buat marathon 3, 4 kali..hehehe
Ok setakat ni dulu cite ikan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics