Jus Jambu asam boi di tepi jalan sudah lama tumbuh macam cendawan. Dari Alor Setar sampai Jitra memang banyak dan kerap je nampak payung dengan banner Jus Jambu Asam Boi. Sedap sangat ke Jus Jambu Asam Boi ni? Eh! kalau tak sedap macam mana boleh ada banyak gerai jual jus jambu. Sedap dan menghilangkan dahaga le kalau kena yang sedap dan betol cara tukang jual tu buat. Kalau penjual tu jenis yang menipu jadi tak sedap le. Aku penah terkena jugak yang tak sedap. Pati jambu tu kurang atau tak terasa langsung jusnya. Nak untung pun jangan le sampai main tipu tipu..tak aci le nanti orang tak pi beli dah...sapa yang rugi? Sila jawab!
Jus jambu ni yang aku penah tengok ada nama Ayu No1 hargaRM2. Dulu ada JJ88 nama jus jambu, tempat asal Johor mari. Nama Ayu No1 ni mungkin dari Kedah kot. Ada asam boi sebiji dengan serbuk asam sekali. Yang RM1.50 tak da asam kot. Kalau yang RM1.00 lagi tak sedap. Yang tak sedap tu mungkin penjual tu letak banyak ais or air banyak sangat dan jus jambu tu tak rasa pun jambu..kena sekali yang tu..sure tak pi dah beli.
Sebelah Alor Setar dengan Penang memang banyak..dengar ceritanya. Sebelah Kelate aku dengar sedara aku cerita jarang jumpa. Bulan 12 hari tu sedara ni datang Kedah, dia tengok banyak sangat gerai jus jambu tapi de tempat dia di Pasir Mas ada 1 je gerai..tu pun berebut orang nak beli sampai kena beratur macam nak beli tiket bola.
Sedara aku ni nak suruh anak dia jual jus jambu di Kelate la sebab anak dia pun takda buat pe. dia pun cari tempat francais jus jambu di Jitra ni, pi soal selidik jadi dapatla jual di Kelate nu..dengan kos semua RM1200 kalau tak silap aku.
Hari pertama dia jual di tepi jalan dekat jalan besar yang agak stratefik..dekat dekat Pasir Mas le..tak tau le pulak nama tempat tu, dia dapat untung RM200. Memberangsangkan sambutan di situ nampaknya. Sedara aku cerita orang memang suka sangat jus jambu ni sebab sedap le tu. Satu petang tu ada satu kereta Hilux stop kat gerai dia..seorang lelaki cina turun, dia pun beli satu cup. Lepas tu dia pun meneruskan perjalanan..tapi beberapa minit kemudian lelaki tu datang balik kat gerai sedara aku tu..dia turun..nak beli lagi satu cup. Dia cakap "Jus jambu ni sedap le..macam mana awak buat ye?" Sedara aku senyum la..dan bagitahu yang dia cuma jual saja..tak tau le kilang tu buat macam mana. Bahan -bahan semua orang yang sediakan. Teruja sungguh lelaki tadi dengan jus jambu yang lazat tu. Tak lama lagi akan tersebar lah penangan Jus Jambu Asam Boi di seluruh daerah Kelate..hehehe
1 comments:
bia aku jd org yang pertana komen...sedapnyeee jus asam boi..hehehe
Post a Comment