Monday, March 29, 2010

BERBULAN MADU DI BEIJING

Ahaks!! tajukk..berbulan madu di Beijing. Bukan saya ye, tapi mak dan ayah saya yang berbulan madu di Beijing. Wehh!! jelesle heh tgk gambar2 ni. Jarang mak dan ayah berpeluang pegi bercuti berdua-duaan macam ni. Asyik sibuk di rumah je. Sekali sekala bagi mak dan ayah pi bulan madu apa salahnya heheh..romantik gitu.

Alahai..mak & ayah mcm pelakon Winter Sonata le pulak ..hehehe!!
Lokasi: Summer Palace(Istana Musim Panas)

Mak pun ada cakap dia makan selera je kat sana. Chef masak sedap, tak penah yang mkn tak sedap. Lega hati dengar..ingatkan mak dan ayah tak lalu makan sebab masakan kat sana..mana le tau lain darp di Malaysia. Mak plak cerewet sikit bab makan ni..makanan pelik-pelik rupanya mesti mak tak nak makan.

Gambar atas: Tembok Besar China
Gambar Bwh: Stadium National Beijing (mcm sarang burung)

Walaupun sejuk sangat dan kadang kala mak sakit kaki dan urat, ada ramai anak cucu di sana yang tolong urutkan dan pimpin mak. Bagus betul le cucu-cucu tu..



Insiden mak dan ayah ditinggal oleh bas rombongan.


Insiden ni terjadi masa mak dan ayah di sebuah supermarket, mak dan ayah tunggu kat luar shoping complex tu, sebab ayah nak amik angin kat luar sambil tunggu ahli-ahli rombongan lain keluar ikut pintu masuk.

Tapi sangkaan ayah melesat apabila..rombongan  keluar ikut pintu lain. Mak dah nangis cuak tapi ayah masih cool lg apabila sedar geng rombongan dah takda. Penjual kaki lima lak duk ikut je mak dan ayah..nak jual barang. Lagi le mak rimas. Kebetulan di situ ada gak rombongan lain dari Malaysia jugak, mak mintak tolong call geng rombongan tadi. Pada masa sama..geng rombongan pun dah sedar yang mak dan ayah dah kena tinggal..so diorang patah balik amik mak dan ayah..bila dah bertemu balik tu..pakat duk berpeluk-peluk lah..macam jejak kasih..nangis-nangis

Macam mana ye boleh tak sedar mak dan ayah tertinggal, masa naik bas pun diorang tak kira plak cukup ke tak cukup ahli rombongan ..benda nak jadikan..mujur mak ayah tak kena culik hehehe...

Gambar kiri: Mak tengah kepal salji..nak buat ais batu campur hehehe

Gambar kanan: Ayah tgh ikat kain skaf tu..romantiknye ayah..




Pokok-pokok takda daun.. 2minggu dari tarikh gambar tu diambil(16hb Mac) akan muncul musim bunga..
mesti lawa ada bunga-bunga plak.


Zoo Panda Beijing

Panda kat atas tu tengah relek relek,  Panda tu sakit tengkuk ker? tuan dia picit-picit kan tengkuk tu..sedapp!
Panda bawah tu..kenyang makan kot asyik tido je..peluk sedap ni..gebunya dia..nape mak tak amik seko bawak balik wat peluk hehehe..!!




Selepas mak dan ayah balik dari Beijing, saya nak buat entri ni, tapi sibuk dengan benda lain, tak dan nak tulis dan mengedit gambar-gambar. Gambar-gambar tu dah siap dicuci, dan original copy masih pada Abg Chik lg. Jadi saya snap gmbar yang dicuci je la. Tak clear sgt mcm digital tu..tunggu nanti nak buat video plak dengan lagu background Winter Sonata tu..ohh berantu lagu tu..ahaks!

10 comments:

Nur Suaidah Bachok said...

nk ekot...??

rizal jabai said...

wahh...romantika...winter sonata malaysia

SYANI said...

bestnya... cam cite ai de beijing lak!

nuriz said...

aha baru teringat cite ai de beijing tu hehe

- said...

wah!!!
best oh....
huhuhu

iniAKU said...

pergh..gile romantik..besh2!!

Dee said...

wah..ni mesti pergi Beijing bawa satu family besar..best nyaa..teringin sgt nak tgk tembok besar china..penah tgk yg replika je kat Machap

nuriz said...

kwn2 n family, bleh la..meriah gak. cuma sy tak leh ikut huhuu

Yanmie said...

wah beshnye mak ngan ayah gi honeymoon...ehek, blh ingat blk detik2 dulu...ekeke


www.yanmieonline.com

Syukie said...

Nampak macam sejuk je...kena beli baju sejuk siap2 ni :P


Sila lah melawat blog saye :D

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics