Showing posts with label Cuti cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti cuti. Show all posts

Monday, July 19, 2010

Laksa Teluk Kechai, Kuala Kedah

Laksa Teluk Kechai kat Kuala Kedah, antara yang popular tempat untuk "jalan jalan cari makan". Orang luar selain dari anak Kedah  pun tau kat mana nak cari laksa ni. Kalau musim cuti sekolah, musim cuti raya, dua buah kedai Zakaria dengan Din Laksa( kata orang kedua-dua ni adik beradik) yang duk sebelah menyebelah ni akan diserbu. Kedai depa ni memang penuh memanjang dengan pengunjung yang semua hantu laksa, peminat laksa, penggemar laksa..ahahah!!(termasuk aku, hantu laksa gak).


Sapa pi lewat ke kedai laksa tu, masa cuti panjang mesti laksa tu habis cepat, pukul 2, 3 petang dah habis licin. 

Laksa teluk kechai ni kuah dia, tak pekat sangat, cair je, laksa pun depa buat sendiri, bukan laksa segera yang kering tu.

Lagi satu yang speselnya ada sambal nyok (kelapa), mesti letak ni baru lagi mabeless, rasa lemak rasa pedas

Saturday, June 12, 2010

Cuti Cuti Malaysia - Terengganu Part 1

Cuti cuti Malaysia  selama 6 hari ke sebelah pantai timur iaitu Terengganu dan Kelantan. Lama dah tak pergi Ganu tu, agak agak dalam 8 tahun kot. Banyak perubahan dah kat ganu tu.Kenangan di ganu sangat indah dah syok sekali :) Ohh..!! Ganu... Aku Jatuh Cinta..rasa nak pi lagi.

Jadual Berjalan jalan di Terengganu Yang Padat
Selama 3 hari kat Terengganu semua masa diisi padat dan ketat dengan jadual berjalan jalan makang angin. Rasa begitu cepat masa berlalu huhu..!!kalau buleh nak lama lagi kat Terengganu yang indah permai dengan pantai yang cantik. Cuaca kat sana sejuk dan redup je. Taklah pening kepala sangat dengan haba panas. Sesekali berlalih angin panas dari utara ke pantai timur ni syok jugek.




Terengganu & Pantai Yang Indah
Ombak laut tu memanggil-manggil  je dan saya tak lepas peluang gian nak mandi laut tu..syoknye mandi laut sambil  main ombak. Angin memang kuat tapi pantai kat Marang tu masih selamat untuk mandi tak macam pantai Batu Burok yang memang bahaya untuk mandi. Memang dilarang pun mandi kat Pantai Batu Burok tu. Kat Pantai Batu Burok tu kalau nak ambil gambar dan bersantai2 or main layang layang ke..okeh le. View kat situ sangat cantik dan indah sekali.
Pantai kat Marang tempat  saya berkampung tu lebih landai walaupun kita jalan ke tengah laut, tapi paras air laut tu masih dekat lutut lagi..tu yang syok sangat.

Pantai Terengganu (Jalan Pantai)

lagi gambar pemandangan yang indah di pantai Terengganu...

Monday, March 29, 2010

BERBULAN MADU DI BEIJING

Ahaks!! tajukk..berbulan madu di Beijing. Bukan saya ye, tapi mak dan ayah saya yang berbulan madu di Beijing. Wehh!! jelesle heh tgk gambar2 ni. Jarang mak dan ayah berpeluang pegi bercuti berdua-duaan macam ni. Asyik sibuk di rumah je. Sekali sekala bagi mak dan ayah pi bulan madu apa salahnya heheh..romantik gitu.

Alahai..mak & ayah mcm pelakon Winter Sonata le pulak ..hehehe!!
Lokasi: Summer Palace(Istana Musim Panas)

Mak pun ada cakap dia makan selera je kat sana. Chef masak sedap, tak penah yang mkn tak sedap. Lega hati dengar..ingatkan mak dan ayah tak lalu makan sebab masakan kat sana..mana le tau lain darp di Malaysia. Mak plak cerewet sikit bab makan ni..makanan pelik-pelik rupanya mesti mak tak nak makan.

Gambar atas: Tembok Besar China
Gambar Bwh: Stadium National Beijing (mcm sarang burung)

Walaupun sejuk sangat dan kadang kala mak sakit kaki dan urat, ada ramai anak cucu di sana yang tolong urutkan dan pimpin mak. Bagus betul le cucu-cucu tu..



Insiden mak dan ayah ditinggal oleh bas rombongan.

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics