Cuti cuti Malaysia selama 6 hari ke sebelah pantai timur iaitu Terengganu dan Kelantan. Lama dah tak pergi Ganu tu, agak agak dalam 8 tahun kot. Banyak perubahan dah kat ganu tu.Kenangan di ganu sangat indah dah syok sekali :) Ohh..!! Ganu... Aku Jatuh Cinta..rasa nak pi lagi.
Jadual Berjalan jalan di Terengganu Yang Padat
Selama 3 hari kat Terengganu semua masa diisi padat dan ketat dengan jadual berjalan jalan makang angin. Rasa begitu cepat masa berlalu huhu..!!kalau buleh nak lama lagi kat Terengganu yang indah permai dengan pantai yang cantik. Cuaca kat sana sejuk dan redup je. Taklah pening kepala sangat dengan haba panas. Sesekali berlalih angin panas dari utara ke pantai timur ni syok jugek.
Terengganu & Pantai Yang Indah
Ombak laut tu memanggil-manggil je dan saya tak lepas peluang gian nak mandi laut tu..syoknye mandi laut sambil main ombak. Angin memang kuat tapi pantai kat Marang tu masih selamat untuk mandi tak macam pantai Batu Burok yang memang bahaya untuk mandi. Memang dilarang pun mandi kat Pantai Batu Burok tu. Kat Pantai Batu Burok tu kalau nak ambil gambar dan bersantai2 or main layang layang ke..okeh le. View kat situ sangat cantik dan indah sekali.
Pantai kat Marang tempat saya berkampung tu lebih landai walaupun kita jalan ke tengah laut, tapi paras air laut tu masih dekat lutut lagi..tu yang syok sangat.
5 comments:
besh nye~
ade jumpe penyu tak?
rindu lak se nk blk ganu..
hehe
penyu malu nak kuar hehe
singgah kat pulau2 di terengganu..baru lengkap percutian :-)
ye pulau...tunggu part seterusnya hehe
Post a Comment