Korang perasan atau tak bila buat carian di google, kemudian carian bahan yang kita taip tadi disenaraikan dan di hujung carian tu ada 'Star'. Ye Star atau Bintang. Bukan bulan. Saya baru je perasan, dan saya tak paham tentang star ni..so saya cari le tentang star ni pulak.
Saya cuma sedar tentang star ini tadi semasa saya buat carian tentang beijing dan saya ternampak nama blog saya nurizspace dan di depan ada satu butir bintang yang bewarna kuning tapi bintang tu tak berkerdipan...heheheh . Ditulis di situ starred result for beijing di site Malaysia. (Site seluruh dunia tobat tak jumpa huhu)
Jadi siapa pulak yang bagi 'star' pada saya? Adakah pakcik google yang bagi? Adakah sebab aku tak dpt pi beijing dia bagi star huhu..!!
Apa makna starred result tu?
Beberapa info tentang star yang saya dapat:
Star itu atau Google Starred Results telah menggantikan Google search Wiki yang dulu digunakan untuk vote link site sama ada suka atau tidak. Search Wiki membenarkan user promote spesifik link yang user suka.
Pakcik Google telah menambah lagi kemudahan baru untuk user dia nampaknya.
Berbalik pada Google Starred Results, 'star' ni lebih kepada kita bookmark sites yang kita suka, contoh korang cari tentang bola, resipi dll kemudian korang suka site itu dan boleh lah mark dengan 'star' di hujung carian site tu.
Star ni akan sync pulak dengan Google Bookmark dalam akaun Google kita. Jadi segala macam site yang di bookmark akan disimpan dalam tu. Senang untuk kita buat carian di lain masa, sebab carian yang di bookmark akan automatik dilistkan di atas hasil carian.
Kalau ada Google Toolbar, star bookmark ni sudah ada siap sedia di button toolbar , jadi senang nak starkan mana yang kita suka.
Jadi ada beberapa persoalan di sini.. Bolehkah kita gunakan star ni untuk nak up kan traffic blog/site kita?
Dari info yang saya baca, star tu tak bermkana site kita berada di list paling atas carian google.
Ianya untuk bookmark site tertentu.
Macam Pakcik Google kata:
Stars in search work across a variety of Google search products. That means when you star something in Maps (like a local business listing), it can also appear in the "Starred results" on a relevant Google search results page. Starred results also sync with your Google Bookmarks, which is available in the Google Toolbar and at google.com/bookmarks.
Jika kita nak blog kita berada di atas carian.. Good content tentunya akan meletakkan blog/site kita di enjin carian Google kan.
Mungkin ada blogger yang arif lagi tentang Google Starred results ni yang lebih tahu tentang 'star' ni. Kalau nak berkongsi idea dan info sila le.
6 comments:
owh. maksud dia starred ne yang jadi bookmark oleh org laen ker?
ye mcm kita bookmark web yg kita suka.
IT ni i fail sikit....glemerla blog ni trafik tinggi hehe
nuriz, tenet prob, shoutmix taley loading.. sori ngat nyemak kat sini.. just nak bagitau cik ecah singgah ni.. :)
oo, mcm tu ke? takde kegunaan lain?
mengikut kata pakcik google begitu la kegunaannya..
Post a Comment