Pinjam meminjam. Pernah dak korang meminjam? Pernah. Ye aku tolong jawab. Heheh. Aku pun meminjam jugak, pinjam apa? Pinjam la contohnye barang barang dari member. Pinjam dari adik, kakak abang. Pinjam duit cemana? Tang duit tu lemah dan payah sikit. Bila kita nak meminjam dan bila orang datang nak pinjam dari kita. Mak aku pesan jangan amalkan pinjam duit orang dan berhutang, tak baik. Ye setakat ni aku tak penah le pinjam duit orang lagi...setakat dua tiga ringgit penah le time kecemasan kan. Beratus -ratus dak le.
Nak ngomel sikit tentang pinjam meminjam:
Time sekolah-sekolah dulu
Biasa le bebudak kan, pinjam barang dr member sebelah, pinjam pensel warna pinjam pemadam, pembaris..alahai teringat zaman sekolah rendah dulu hehehe.
Kawan sebelah nak pinjam pensel warna luna kita yang warna merah. Dah le warna merah tu yang paling sayang, makin kontot le pensel warna merah tu.
Eh! awak, warna merah tu mak kita cakap jangan bagi kawan guna sangat nanti mak saya marah( alasan bagi kawan takut).
Ada gak kawan yang suka meminjam je barang kita tapi time kita nak pinjam barang dia, dia wat alasan gitu le , ayah dia marah le, mak dia marah le..hehehe bijak bijak!
Tu ala ala zaman hingusan.
Meminjam di zaman dah besar sikit ( kat Hostel/rumah sewa)
Kawan - kawan ramai ada yang duk 4 orang sebilik, 1 dorm dekat 20 orang, 10 orang, kawan-kawan ni macam-macam peel/perangai.
Kejap-kejap pinjam tudung, pinjam baju, pinjam kasut, pinjam seluar, pinjam minyak wangi, gincu, dan segala mak nenek..korang listkan sendiri ye...
Cemana kalau kawan pinjam camera digital kesayangan..dahtu pulangkan balik tapi tak serupa seperti kita bagi pinjam, lain kata dah punah. Lcd kelabu, Cover lense tak bleh buka. Habih camne? Nak hangin le jugak, bila bersungut jadi le gaduh nanti, masam muka le pulak.
Kalau pinjam baju ke pakaian apa ke, kalau kawan tu badan dia ok takpe le, kalau ada peta ke cam panau kurap...hahaha korang jawable.
Lagi satu...ada ke kawan yang pinjam berus gigi korang? berus gigi yang korang dah guna...huhu sapa le sanggup pinjam berus gigi kawan dia tu. Sengkek sangat ke sampai berus gigi nak pinjam. Tak senonoh le.
Suka Meminjam Antara Jiran dgn Jiran.
Aha..! "Cik Kiah . masak pe hari ni...asam pedas ke, laksa ke kari kepala ikan ke...nak pinjam cili padi sikit boleh ke?" Jiran sebelah umah kita sudah mari.
Kita pun pelawa le dia... "amik le cili padi tu brapa nak..banyak tu ha.." camtu le lebih kurang bunyinye.
Duk esok, jiran tu datang lagi amik, lusa pun dia datamg lagi...last2 dah nak dogol pokok cili tu dia kutip cili.. orang dah pelawa tu bukan suruh amik bagi habis..berpada-pada le kan..emm tak tahu le pulak jiran lurus bendul.
Meminjam antara Laki-Bini
"Yang..meh kad atm, nak pi jolok duit jap, esok abang ganti le balik..."
atau
"Aik.. dalam poket abang ni semalam ada seratus..nape tetiba pagi ada 70 je yang oii?"
"Ada toyol amik kot", bini dia jawab. hehehe
Meminjam di kalangan ofismate
Pinjam duit poket...biasale time tengah kering kan ada le kawan dengan muka macam sardin monyok, nak mitak pinjam duit.
Pinjam masa...asyik asyik kawan tu pergi bercuti..suruh kita ganti tempat dia pulak, ganti shift le, tolong habiskan kerja dia le. Ishh ish!! pinjam ke curi masa tu?
atau pun..
Kawan pinjam laki atau bini kawan...ini apa kes?! Ada ke pinjam bini / laki lak.
Tu le dah suka sangat meminjam , amalkan tebiat meminjam..last last
pinjam laki orang.
Ni kes skandal tempat keje le ni..sampai laki orang pun dia nak pinjam..tak boleh jadi.
Kesimpulannya: Jangan amalkan tebiat suka meminjam, berpada -pada le kalau meminjam.
Tabiat Orang Yang Suka Meminjam
Friday, March 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
muahaha
kelaka kot
isu yang menarik :)
salam,
kelakar lak bagi pinjam bini/laki,,,hahha....
pinjam berus gigi tu gila memang tak senonoh..aishhh~
wujud juga manusia mcm ni..ish3..~
kesimpulan anda buat memang tepat dan jitu! ;)
ada le tu org pinjam berus gigi eeeuwww!! sanggupkah pakai?
hehe when i make u smile..i smile too
perh! memang sakettt ati bila kita bagi owg pinjam barang kiter bukan main elok lg brgnyer,..alih2 dpat kat dye dah cacamarba jadiknye!
perh...rse kne aniaye..
kesimpulannyer...xyah bg owg pinjm brg kiter..senang!
(sesi luahan bicara hati..:-D..
Post a Comment