Monday, June 14, 2010

Bantah Lesen Judi Bersifat Politik: Tok Det

Sekarang Piala Dunia berlangsung dan mahu tak mahu ada jugak perjudian berlaku, dan sekarang tengah hangat isu langkah kerajaan memberikan lesen judi secara sah, kerana nak menghalang perjudian secara haram.

Dr Mahathir menyifatkan lesen judi tu boleh diterima kerana judi memang berlaku secara haram atau tidak, jadi bagi mengelakkan judi haram tanpa lesen katanya patut lah diberi lesen tu. Orang Islam katanya janganlah berjudi bagi orang bukan Islam je berjudi. Kata Tok Det lagi bantahan oleh pihak pembangkang bersifat politik.





Bagi pendapat saya le ni bukan isu politik tapi lebih kepada isu agama, kerana judi bagi orang Islam tu haram, negara kita negara Islam, patutnya lesen tak perlu..seolah olah kita menyokong tabiat berjudi pulak. Kerajaan suka ke rakyat dia berjudi?

Ada pihak yang menyokong lesen judi ni sebab kononnya rakyat Malaysia bukan Islam tetap akan berjudi ke luar negara dan duit kita akan ke luar negara dan kita tak ada aliran wang masuk. Tak masuk pun tak apa kalau dah haram , sanggupkah kerajaan makan duit haram judi sebab kita negara Islam, mahu ke makan pendapatan haram. Tu pandangan saya le. Haram tetap haram.

Isu judi ni bukan bersifat politik, ada pihak bukan Islam jugak tak suka judi, bukan semua orang bukan Islam suka judi, judi tu buat keluarga porak poranda, laki pukul isteri, harta benda tergadai. Beri lesen tu seolah olah menyokong lagi tabiat berjudi ni.

6 comments:

Unknown said...

wahaa...setuju dgn kamu!sgt tak setuju dgn mereka yg meluluskan judi!
dasar tak taw malu..er..

My latest post:Superhero sejak lahir

Berto said...

walauapapon alasan yg diberikan, JUDI tetap haram!

Puput. said...

sokong bert...haram tetap haram...

Nas said...

judi itu haram....

Awe said...

kerajaan ade reason...lau x dah lame dia haramkan..benda ni kadang2 bersangkut dgn politik gak..nak jage kepentingan masing2.

nuriz said...

kepentingan politik penting ke kepentingan negara Islam lagi penting?

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics