Rambut beruban ni selalu terjadi kerana faktor usia, kalau dan semakin tua rambut pun dah tak hitam maknanya beruban le tu.
Kalau masih umur belasan tahun dah beruban , macam mana? faktor apa pulak tu, mungkin faktor makanan, stress, atau syampu yang kerap bertukar selain faktor tu tak tahu lah pulak, mungkin pakar rambut macam Yoko Yamashita leh bagitahu hehehe..!!
Uban ni nak hilangkan terus memang tak boleh sebab umur kita semakin meningkat dan kita semkin tua bukan semakin muda..cuma kita boleh melambatkan pertumbuhan uban tu..lebih lebih lagi pada golongan remaja belasan tahun atau golongan 20 an ke atas yang sudah ada banyak uban. Malu jugak kan kalau muda lagi dah ada uban.
Cara cara atau petua petua yang boleh kita cuba supaya rambut tak beruban:
1. Bancuh air asam jawa dan campur dengan santan, sapukan di kulit kepala dan biar beberapa minit, lama lagi bagus, lepas tu bilas. Seelok -eloknya buat sebelum mandi pagi. Insyaallah.
2. Keringkan biji betik yg masak , goreng tanpa minyak hingga hampir hangus, tumbuk dan masak dengan santan pekat hingga jadi minyak. Guna minyak ni untuk sapu di rambut setiap hari.
Kedua-dua petua ni menggunakan santan. Santan memang bagus untuk rambut kalau nak rambut cantik dan hitam. Orang zaman dulu , tok saya pun suka guna santan. Dulu mana ada sunsilk, rejoice lagi ..heheh!!
Ok selamat mencuba.
5 comments:
yang saya tahu air asam je.. huhuhuh
tapi kepala lepas tu.. wow.. sejuk semacam je..
nice blog u got here nuriz
tq nuriz sharing petua2 eksotik ni :-)
memang sejuk pon kalau kena santan tu. bahan asli ni memang terbukti bagus
aahhh
den nak bio kan laki den beruban
bio dia sedo dia dah tua hahaha
ahaha takut nanti jadi tua tak sedar diri ke hehe
or tua tua makin menjadi hehe
Post a Comment