Showing posts with label Petua/Tip. Show all posts
Showing posts with label Petua/Tip. Show all posts

Thursday, July 1, 2010

Tip Gaya Hidup Sihat, Jom Minum Milo Dulu

Milo memang minuman wajib, mesti ada le kat umah saya. Habis cepat lak tu, kiranya stok Milo memang tak miss le kat umah tu.. Dulu masa kecik selalu ratah milo. Habis kering piring tu dengan milo. Lama lama milo tu makin beku kena udara dah jadi coklat milo lak...tu lagi beshhh heheheh!! Milo beku dalam tin dulu..yang tu le paling sedap ratah. Kikis kikis dengan sudu hehehe!!


Milo tarik, milo panas, milo ais. Lagi best kalau buat milo ais tabur milo macam gunung atas tu..fuhhh mavelosss!!.
Tak pun buat aiskrim Malaysia dalam plastik tu simpan dalam peti sejuk...ahahh sedapnyer!!

Milo sedap

Apa yang sihat dalam milo ni, sekarang tambah pulak Milo dengan Protomolt. Ada malted Barley yang kaya dengan vitamin B dan serat serta membekalkan tenaga yang lebih.
Dalam Milo ada Actigen E..mende alah pe Actigen E ni...Ok Actigen E ialah kombinasi mineral dan vitamin, contoh Vitamin C, B dan kalsium. Membantu badan kita optimumkan pembebasan tenaga dari karbohidrat, lemak dan protein dlm badan kita.




Berapa lama dah Milo ada di pasaran Malaysia..60 tahun, lama tu. Milo jenama yang kuat dan terkenal. Kalau beli minuman koko lain, tak akan sama rasanya dengan Milo kan?

Wednesday, June 16, 2010

Tip / Petua Elak Rambut Beruban

Rambut beruban ni selalu terjadi kerana faktor usia, kalau dan semakin tua rambut pun dah tak hitam maknanya beruban le tu.

Kalau masih umur belasan tahun dah beruban , macam mana? faktor apa pulak tu, mungkin faktor makanan, stress, atau syampu yang kerap bertukar  selain faktor tu tak tahu lah pulak, mungkin pakar rambut macam Yoko Yamashita leh bagitahu hehehe..!!


Uban ni nak hilangkan terus memang tak boleh sebab umur kita semakin meningkat dan kita semkin tua bukan semakin muda..cuma kita boleh melambatkan pertumbuhan uban tu..lebih lebih lagi pada golongan remaja belasan tahun atau golongan 20 an ke atas yang sudah ada banyak uban. Malu jugak kan kalau muda lagi dah ada uban.

Cara cara atau petua petua yang boleh kita cuba supaya rambut tak beruban:

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics