Thursday, July 1, 2010

Tip Gaya Hidup Sihat, Jom Minum Milo Dulu

Milo memang minuman wajib, mesti ada le kat umah saya. Habis cepat lak tu, kiranya stok Milo memang tak miss le kat umah tu.. Dulu masa kecik selalu ratah milo. Habis kering piring tu dengan milo. Lama lama milo tu makin beku kena udara dah jadi coklat milo lak...tu lagi beshhh heheheh!! Milo beku dalam tin dulu..yang tu le paling sedap ratah. Kikis kikis dengan sudu hehehe!!


Milo tarik, milo panas, milo ais. Lagi best kalau buat milo ais tabur milo macam gunung atas tu..fuhhh mavelosss!!.
Tak pun buat aiskrim Malaysia dalam plastik tu simpan dalam peti sejuk...ahahh sedapnyer!!

Milo sedap

Apa yang sihat dalam milo ni, sekarang tambah pulak Milo dengan Protomolt. Ada malted Barley yang kaya dengan vitamin B dan serat serta membekalkan tenaga yang lebih.
Dalam Milo ada Actigen E..mende alah pe Actigen E ni...Ok Actigen E ialah kombinasi mineral dan vitamin, contoh Vitamin C, B dan kalsium. Membantu badan kita optimumkan pembebasan tenaga dari karbohidrat, lemak dan protein dlm badan kita.




Berapa lama dah Milo ada di pasaran Malaysia..60 tahun, lama tu. Milo jenama yang kuat dan terkenal. Kalau beli minuman koko lain, tak akan sama rasanya dengan Milo kan?



Milo sedang buat promosi besar besaran sekrg, ada penebusan milo sampai bulan Ogos ni, lama lagi tu, boleh kumpul mata, sapa beli milo dapat mata, pastu boleh tebus untuk dapat hadiah.




Apa pesanan dan tip kesihatan dari Milo?Tip tip kesihatan ni bagus untuk kita lebih sihat dan kuat tak lemah layu je..

1.Buat Senaman, senaman push -up, angkat berat utk kuatkan otot. Selalu bersukan, beriadah utk kekal bertenaga.


2. Selalu minum air banyak banyak, 8 gelas sehari.

3.Buat aktiviti sihat dengan rakan rakan, jalinkan hubungan yang sihat dan ceria.

4.Berus gigi bila rasa layu di siang hari, hehe tak penah dengar tip ni, tapi untuk mencergaskan mata dan muka atau rasa segar kena air , bagusle tu.

5.Jemurkan kulit tu di bwh sinaran matahari jangan asyik duduk dalam bilik air cond je.

6.Makan pagi untuk isi perut yang semalaman kosong supaya kita bertenaga pagi hari.




7.Buat aktiviti panjat memanjat, main bola , futsal , kalau takda boleh le panjat tangga daripada guna lif :)

8.Jangan terlalu risau atau banyak berfikir sangat, nanti muka monyok dan berkerut, atau mudah tertekan.
   Fikir yang positif positif, buang yang negatif negatif.




9.Tidur cukup untuk diri anda.

10 Jangan duk depan komputer lama sangat, keluar pergi jogging, naik basikal, tanam bunga, siram pokok, jalan jalan ambil angin hehehe

11.Seimbangkan kerja dan rehat, jangan berlebih lebih sangat kerja sampai tak da rehat, atau rehat banyak sangat sampai otak jadi layu.

12. Makan snek ringan mcm kismis, kacang, buah buah dan minum milo secawan.

13.Makan pisang, pisang ialah  great energy booster..wahh penuh khasiat.

14. Tengok cerita komedi, atau buat lawak. lawak ubat yg mujarab.


15.Set kan goal dalam hidup kita walaupun jangka masa pendek dalam satu hari, untuk memotivasikan diri kita.

Ada beberapa lagi tip kesihatan dari Milo tapi yg ni je saya sempat tulis....mari sama sama amalkan gaya hidup sihat :)


4 comments:

zulkbo said...

Salam bertandang lagi..
moga hari ini lebih baik
dari semalam..
ERMMM..I LOVE MILO AIS..
he he...

جزاك اللهُ خيراً

aswanism said...

think positively :)

apeez said...

tapi cadbury choc drink pon sedap gak

nuriz said...

sy pun suka milo ais heeee,

apeez, sedap ek cadbury choc, nt leh try lak :)

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics