Kejadian berlaku di Klang pada 12hb Ogos, mangsa tetak ni bernama Teo Chai Hock berusia 70 tahun, dia baru saja balik dari jogging, kemudian sedang meletakkan motornya di kawasan rumahnya, tiba tiba datang suspek iaitu jiran mangsa menetak mangsa di muka dan lengan bertubi-tubi. Isteri mangsa ada melihat kejadian tu tetapi tak dapat membantu kerana dia pun uzur.
Suspek dikatakan sedang mencantas pokok bunga meluru apabila melihat mangsa pada pagi tu. Mungkin ada salah faham dan tak puas hati di antara jiran ni hingga dia sanggup menetak mangsa.
Suspek berusia 60 tahun itu kemudiannya menyerah diri di Balai Polis Pelabuhan Klang selepas kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.
Petikan berita Sinar Harian:
Gambar ngeri ni..siapa tak sanggup tengok jangan tengok ye
12 hb Ogos - Gara-gara tidak berpuas hati dengan jiran sebelah, seorang pemilik bengkel sanggup menetak mati seorang warga emas di bahagian muka dan lengan dalam kejadian di hadapan rumah mangsa di Jalan Betek, Pelabuhan Klang, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, Teo Chai Hock, 70, dikatakan baru pulang dari berjoging. Bagaimanapun ketika sedang memarkir motosikal, suspek yang sedang mencantas pokok bunganya dikatakan terus meluru ke arah mangsa dan menetaknya dengan parang secara bertubi-tubi.
Sementara itu, saksi kejadian yang juga seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah berdekatan, M Ramayte, 29, berkata, ketika kejadian berlaku, dia berada di luar kawasan sekolah dan melihat suspek yang sedang mencantas dahan pokok tiba-tiba menyerang dan menetak mangsa yang baru turun daripada motosikalnya.
“Kejadian berlaku terlalu pantas, saya lihat mangsa cuba menepis dengan tangan tetapi gagal.
“Apa yang saya nampak muka mangsa terbelah dan darah keluar memancut-mancut sebelum dia rebah atas jalan dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui semalam.
Ramayte berkata, dia yang takut terus melarikan diri masuk ke dalam kawasan sekolah kerana bimbang suspek melihat dan menyerangnya pula.
6 comments:
giler arh!!!!!!!!
ngeriii...
tumpang iklan:
promosi contact lens ready stock sempena ramadan dan raya
jahatnya manusia nih.ngeriiiii~
manusia sekarang makin kejam...nak tetak orang tu macam nak tetak pokok je
manusia zaman skrg pelik, xpuas hati bunuh, x puas hati bunuh.. mmber aku sehari sebelum puasa nih jadi mangsa bunuh, mayat jumpa dlm parit.. huh.. dunia dh nk akhir zaman...........
tetiba jer naik antu tuh... mmg ngeri... arineh kt Perak laks... innalillahh!!!
gile arrrrrrrr
ape nak jd manusia zmn skrg...
dah xde akal yg waras ke..
malaysia skrg makin menakutkan laaaaa
Post a Comment