Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menerima ancaman dari sekeping nota ugutan bersama sebutir peluru hidup M-16 yang dimasukkan di dalam satu sampul surat pada petang Rabu 11hb Ogos lalu.
Kandungan surat berkenaan dijumpai oleh pembantu pejabat Tony Pua di Damansara kira-kira pukul 4.30 petang.
Pua tak menolak kemungkinan ugutan itu berkaitan dengan cadangannya kepada kerajaan negeri Selangor agar mengkaji semula diskaun Bumiputera untuk memiliki rumah-rumah mewah dan hartanah komersial di negeri itu, meningkatkan daya saing dan mengembalikan keyakinan pelabur.
Dulu Karpal jugak pernah menerima peluru hidup 9mm manakala Kok, Exco Kerajaan Negeri Selangor dibaling dengan bom petrol ke atas rumahnya.
Ini lah gambar peluru hidup M-16 dan surat amaran yang diberi kepada Tony Pua:
Gambar Tony Pua dan Peluru M-16
Saturday, August 14, 2010
Gambar Tony Pua dan Peluru M-16
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
tak lama lagi malaysia akan jadi mcn pakistan. wakil rakyat dan tokoh politik kena tembak jer.
p/s= nasib baik sy hanya seorg guru, takde org nak ugut.
Post a Comment