Friday, August 6, 2010

Muhammad Ahmad Zahid Peserta Akademi Al Quran Termuda

Adik Muhammad Ahmad Zahid ialah peserta termuda yang layak ke peringkat akhir Akademi al Quran Musim 4. Dia baru berusia 15 tahun tapi boleh menewaskan peserta lain lain yang jauh lebih berusia darinya.
Pada usianya 10 tahun dia dah berjaya menghafal Al Quran. Hebat kan?

Muhammad bersama ayah dan ibunya.


Adik Muhammad ni pernah jgk terlibat dalam rancagan Mari Mengaji dan Mari Bertaranum di Tv9, kadang kadang kat TV9 bila masuk waktu solat, adik Muhammad ni akan alunkan azan dengan suara yg lunak dan merdu kita dengar.
Dia sudah biasa berdepan dengan audien yang ramai kerana dia sudah dilatih oleh ibu bapanya sejak dari


kecil. Bermula dengan audien yang sikit dan kemudian barulah membuat persembahan atau mengaji di khalayak ramai.
Muhammad jgk mampu khatam Al Quran dalam masa 6 hari, dan dalam masa sebulan dia dapat khatam 5 kali
Muhammad aktif dalam sukan taekwon-do dan sudah memiliki tali pinggang hitam dan suka berenang.



Biodata Muhammad bin Ahmad Zahid






Berasal dari Kuala Lumpur. Dilahirkan pada 6 Januari 1995. Tamat hafaz Al-Quran pada usia 10 tahun. Antara kejayaan yang telah di capai ialah:
- Johan hafazan Al-quran peringkat kebangsaan 2009 (1-30 juzuk) dan 2007 (1-15 juzuk)
- Johan kategori bacaan/suara terbaik di Dubai International Holy Quran Award 2008.
-Penerima tokoh Maulid Rasul peringkat kebangsaan 2009 & Anugerah Saidini Ali peringkat Negeri Selangor 2009.
Hobi: Bersukan
Cita-cita: Ulama Profesional
Ikutan: Rasulullah SAW
Kerjaya: Pelajar Darul Hikmah, Ampang
Kelayakan: Johan Tilawah Remaja Petronas 2008/2009

Bapa : Ahmad Zahid seorang penasihat undang undang di KLCC
Ibu: Dr Siti Kadhijah Fadzil, doktor gigi.


Video Bacaan Yassin oleh Muhammad

3 comments:

NoRMie said...

merdu sungguh alunan suara adik Muhammad.. sy dan keluarga adalah antara peminat adik Muhammad dan senantiasa menantikan bacaan yassin pd hari khamis selepas solat maghrib..

NoRMie said...

merdu sungguh alunan suara adik Muhammad.. sy dan keluarga adalah antara peminat adik Muhammad dan senantiasa menantikan bacaan yassin pd hari khamis selepas solat maghrib..

Hamli Sanai said...

Sore sedap, ada beli CD untuk dengar dlm kete..

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics