Friday, August 6, 2010

Raja Azura Bagi Jawapan Isu Cerai

Raja Azura pengacara dan DJ Sinar Fm heboh diperkatakan nak bercerai dengan suaminya apabila dia dikatakan pergi ke Mahkamah untuk memfailkan perceraian. Raja Azura dalam sidang media di Astro hari ni dah bagi jawapan kepada media dan awam yang nak tahu sangat kenapa dia pergi ke Mahkamah tempoh hari.


Raja Azura, 38 tahun dah 9 tahun berkahwin dengan Adzmin Tan Sri Osman Arroff, 37 tahun, mereka ada tiga orang anak, Megat Muhammad Raziq,8, Megat Luqman Hakim,7 dan Puteri Mkia Maizurah,4. Katanya


biasalah hidup rumah tangga mesti ada selisih faham, jadi dia ke Mahkamah hanya untuk mendapatkan khidmat kaunseling berkenaan masalah rumahtangga yang dihadapinya.
 Jawapan Raja Azura pada wartawan:

"Kami bukan mahu bercerai, sebaliknya kami ingin mencari jalan penyelesaian bagi meleraikan kemelut rumah tangga yang dihadapi sejak tujuh tahun lalu".
"Saya akui memfailkan permohonan di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, Selangor, Selasa lalu, bagaimanapun kes kami dibicarakan secara tertutup. Bukan niat menutup sengketa yang berlaku, tetapi saya menghormati suami, Adzmin Tan Sri Osman dan perlu menjaga hati keluarga kedua-dua pihak. Apa yang terjadi, biarlah menjadi rahsia saya dan suami".

"Keputusan membawa permasalahan yang dihadapi ke mahkamah dilakukan atas persetujuan bersama. Sebelum ini, saya pernah minta nasihat keluarga dan orang kuat agama, tetapi nampaknya ia tidak mampu merungkai pergolakan yang dihadapi. Saya tekad, mahkamah dan penghakiman adalah jalan terbaik."
Raja azura masih tinggal sebumbung dengan suaminya dan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri seperti biasa.


Harap harap rumahtangga Raja Azura dan suami terus kekal dan peminat sepatutnya mendoakan yang baik baik untuk mereka.

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics